Pages

Wednesday, November 12, 2008

Garbage Enzyme anyone?

Lama dulu rakan sekerja pelawa dengar ceramah ‘Garbage Enzyme’ yang diadakan di kolej tapi NJ buat tak peduli. Malas lah nak dengar pasal ‘Global Warming’, ‘Pollution’, ‘Forest Destruction’ dll, sebabnya NJ rasa sumbangan NJ pada alam sekitar ni tak seberapa dan tak membawa apa-apa perubahan kepada bumi ni. Tapi, bulan lepas NJ terlihat satu program pertanian kat TV yang mana seorang petani tu menggunakan baja yang dikenali sebagai ‘Garbage Enzyme’ atau Enzim Sampah (ES di sini) lantas tertarik untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apa itu ES?

Mengikut apa yang NJ faham di sini, ia adalah bahan organik kompleks rantaian protein dan garam mineral, juga hormon-hormon tak matang. (direct translate,heheh..) Cara penyediaannya sangat mudah, apa yang diperlukan cuma 1/10 gula perang, 3/10 sampah dapur (kitchen waste - NJ cuma guna buah busuk, kulit buah & sayuran) dan air. Peram selama 3 bulan, tapis dan boleh terus digunakan untuk tujuan-tujuan berlainan bila dicampurkan dengan air mengikut nisbah tertentu. Antara penggunaannya ialah sebagai baja, penyubur tanah (tanah berpasir pun boleh tanam sayur), penghalau serangga termasuk nyamuk & lalat, penghapus bau busuk, bahan pencuci (pinggan-mangkuk, baju & lantai - mengurangkan kesan buruk bahan kimia dalam pencuci) dan lain-lain lagi. Hebat kan?

Dan yang paling hebat adalah setiap rumah yang menghasilkan Enzim Sampah akan menolong mengurangkan kesan Pemanasan Global. Lagi hebat kan?

Jadi, apa lagi? Jom ramai-ramai buat ES seterusnya menyumbang kepada bumi yang kita cinta ini. Kuasa menyelamatkan dunia ada di dalam sampah dapur anda! :)

Lagi keterangan di sini.



My ES, don't worry, it doesn't smell bad.


Ready to use February 2009.

11 comments:

sya said...

MIL kak sya dah lama gunakan cara ni sejak tahun 70 an.. dia ada pasu tengah laman utk masukkan sume mende ni and once a while dia cam tau mende tu sume dah matang and dia akan gunakan as baja. Skrg ni org guna pelbagai nama ek?

goboklama said...

Kak sya,ha ah, padahal org dolu2 dh pakai lama dah, bukan baja kompos pun gitu jugak kekdah pembuatannya? Tapi ES lebih meluas sket penggunaannya kak sya. Cuma kurang sket kesedaran nk membuatnya,heheh..

cikdinz said...

nak kena buat jugak ni..

goboklama said...

cikdinz,buat jgn tk buat tau! ;)

13may said...

umah saya takde sampah...camna nak buat nih...hehhe hehe

MULAN said...

rumah ni pun tak banyak sampah.. nak try kat rumah mak la.. or masa raya, masa ramai2 balik kampung.. ok jugak kan..

goboklama said...

13may, laaaaaa..... ni mesti kes makan kat luar nih :(

mulan,boleh juga tu,good idea! Tolong sebar-sebarkan :)

Sastri said...

waaa... jimat belanja dan boleh selamatkan environment sekali...

sebut pasal Garbage, sas sangat minat penyanyinya yang nampak brutal but sexy... :p

mosh said...

greenie jugak NJ ni ye...

Mak Su said...

hebat!

Anonymous said...

wehh...lama no tak hapdet ek? mau tunggu sampai hang punya garbage enzyme siap tahun depan ke? *LOL*

KC lah who else

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails