Pages

Thursday, February 26, 2009

Bila Bumi Bergelap

Buat pertama kalinya dalam sejarah, setiap umat manusia di seluruh dunia akan mendapat peluang menggunakan kuasa 'di hujung jari' sebagai undian; Memadamkan lampu adalah undian untuk BUMI atau tidak bertindak sebagai undian untuk PEMANASAN GLOBAL. WWF mendesak setiap individu supaya mengundi untuk bumi. Tarikh '60 Earth Hour' ni pada 28 Mac 2009 dari pukul 8.30 ke 9.30 malam.

Eyy,manalah tau bila satu bumi bergelap, kita dapat tengok bintang-bintang kat atas tu lebih cerah dan jelas, Alin pun dapat tengok bulan dengan puas,kan? Bandar Tekapo kat New Zealand tu pun dah praktik menggunakan lampu 'low-energy sodium' dan lampu-lampu kat umah semuanya menghala ke bawah, bukannya ke atas, semata-mata nak dapat approval dari UNESCO sebagai 'starlight reserve' yg pertama di dunia.

Tapi kan, ada juga keburukan bila bumi bergelap ni ye? Tolong perincikan satu persatu wahai pengunjung blog Goboklama? Perincian terbaik akan menerima 1 hadiah misteri daripada NJ. Deadline - 5 Mac 2009



More information here

14 comments:

vimmiyasmin said...

Salam

sejam bergelap ...

1. anak2 menjerit2 suruh bukak lampu
2. kena off TV jugak , kalo tak tak best laa pastu miss Berita Perdana!
3. lemas OOoO dok dalam rumah
4. kalo kat kampung ..seramm plak!!
5. kalo tgh dok kat restoran...haru biru dgn anak anak!


tapi

kalo sejam bergelap

1. aman rasa dunia
2. kena dok tengah padang , bleh baring ngadap langit..best oOoO!
3. tdo lena
4. romantik
5. dan macam macamlah lagi benda yg bst best kalo GELAP GELAP ni ! hehehe

Abang Long said...

1 - Rimas.
2 - Anak - anak akan bising.
3 - Tak dapat dengar berita.
4 - Barang rosak dalam peti sejuk.
5 - Lampu kenderaan bagaimana ?


Wahai pemilik blog ini yang dihormati.

Nama blog ini telah tertera di Blog Abang Long.


Sila jawab sejujurnya.

TERIMA KASIH

aNIe said...

Hmmm...bukan bergelap aje...panas...rimas...sebab dah biasa dengan kipas angin...atau ada orang yg gunakan air cond.

Nyamuk mula bedengung-dengung di telinga sebab suasana gelap yang menjadi kesukaan mereka...

NJ@goboklama said...

Vimmy,betul jugak tu,kempen ni seswai utk org yg takde anak kecil atau yg belum kawen je kot? :p

Abg.Long,alamak, kena tag lagi ke? InsyaAllah akan ditunaikn suatu masa nanti ye? :)

Kak Anie,betul juga tu,tapi kalau ada nyamuk, pakai 'mosquito coil' pun boleh gak kan? ;)

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau dah bergelap macamana nak tengok Konsert Alam Muzik M Nasir. Hehehe!

Mak Su said...

kalau bergelap? maksu susah ler, nak bancuh susu baby w mesti tak pasti takat mana ukuran air nak taruk, takut terlebih terkurang. ibu-ibu rasa ralat jugaklah.

KC said...

ok gak bergelap ni. bleh main nyorok2 ngan anak2 tak pun ngan asben..

keburukan bergelap ni takut ada penyamun tarbus take advantage jer...al maklum ler dah gelap tak nampak apa dah...hehe

Sastri said...

bergelap ek... kena tido la masa tu... kalau tak kang, mula la bermain bayangan-bayangan ngeri kat kepala...

baca dan tengok gambar mengenai bandar Tekapo tu, sangat cantik taburan bintang-bintang di langit... :)

mosh said...

keburukan bergelap? nanti ada hantu t*t*k sorok!!! busuk ah.. berlengas!

Hanya Aku Sorang said...

keburukan bergelap? huhu banyak oo..
1. manusia hidup dalam keadaan xselesa.. ye la dah biasa ada aircond la, kipas la..kdg2 pasang tv 24 jam..tv tgk kite..huhuhu..

2. senang la si penyamun2 tarbus, perompak2, nak menyamun kite.. senang citer, mcm2 leh jenayah berlaku..bukan takat merompak jer, kes rogol pon mesti terjadik..terang2 pon leh rogol, ni kan dah gelap..kan??

cukup la 2 jwpan jer..hihi..jawapan lain, bg kat org lain.. hihi

~~1st time skodeng blog ni..nice.. :)

Anonymous said...

APA susah pulak...ok, kalau tak off barang2 elektrik pun, off LAMPU je...kiranya off benda2 yg boleh di-off selama 60 jam...hehehe...kalau takut gelap, gunalah lilin...kita boleh imbas balik keadaan manusia pada zaman batu tu, mrk tak perlu pun semua benda2 ni, internet pun mereka tak heran :D

Bird@Syuhada

I'm all against global warming!!

Anonymous said...

Ni bird lagi. Oops, ingatkan dia suruh off 60 jam, hehehehe...ala satu jam je....i'm all for it!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NJ@goboklama said...

BP,konsert M.Nasir tu bukan bulan Februari ke?

Maksu,ibu-ibu rasa ralat? naper?? ;p

Kc,main nyorok2 dgn anak takpe,main dgn hubby? susah oii nanti kena tangkap!! :p

sas,alaaaa,benda2 tu selagi tak kacau kita,watper nk tatutt??

BTW,you're such a romantic at heart,same like me, auwwww!! ;)

Mosh,notti-notti you!!! :p

Encik HanyaEngkauSorang,timakasih la menjenguk kat sini. Gitulah manusia kan,bila dh biasa bersenang-lenang,mesti tk dpt harungi kepayahan masa mghadapi masalah..hmmmm....

Bird, sejam aje la dik oiiii... Okeh, set!!! but do your family agree with your decision? Haaaa...nanti bergelap sorang2 dlm bilik takde kawan,camne?.. Anyway,thank you for participating, I heart you!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails