Pages

Tuesday, February 17, 2009

Johor Bahru

Jumaat lepas kami ada urusan di JB. Bermalam di rumah Sil di Pasir Gudang & semalam di rumah ibuku di BP. Dulu pernah kerja kilang kat JB sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT. JB makin sesak, tak macam dulu. Sara hidup pun makin meningkat,malah kekadang jauh lebih tinggi daripada di KL.

Kompleks membeli-belah yg dah lama terbengkalai, cuma baru tahun lepas dibuka semula. Banyak lagi kedai-kedai kosong.

Metrojaya yg lengang, tak pernah lagi jumpa shopping mall yg tak ada pelanggan sampai pekerja hanya berbual sesama sendiri. Sempat menemuramah makcik cleaner & pengawal kat situ, mereka kata hari bekerja memang macam tu keadaannya, cuma penuh di hujung minggu sahaja.
Melawat Galeri Seni Neo Art, pameran hasil karya pelajar-pelajar Institut Seni Neo Art sedang berlangsung.

"Kita hendaklah memberi sokongan padu terhadap seni di Malaysia ini,balablablaaa...."

Menghayati ke?

Salah satu tempat makan di situ. Cubalah King Scampies Mee, sodaaapp..

Ini restoran Singgah Sokmo (Danga Bay), tok ser singgah lagi doh, maha nyo makanae, kalah di KL nuh,ih..ih..ih....
Alalalalaaa.... boleh harap la abang Arif nih kalau ada adik nanti.

Ikhlas, abang Darwisy.
Dalam perjalanan ke BP, terserempak kemalangan ni, mangsa baru dikejarkan ke hospital.
**************************************
Tanjung Puteri

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri

Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja

Dari Tebrau orang berakit
Singgah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri

7 comments:

Kak Elle said...

Kalau ke JB lain kali turun lah ke sg ye?

NJ@goboklama said...

kak Elle,mmg dh lama teringin nk ke Sg,boleh jumpa kak Elle. InsyaAllah nanti sebelum ke sana,qisst akan info dulu :)

kakLuna said...

erkk eksiden tu teruk sket je dari sy eksiden..fobia lagi ni :P

Mak Su said...

simpati kat yang terlibat dalam kemalangan :(

kat jb sekarang ada pesta wau kan.

Sastri said...

comelnya airf dan darwisy... :)

lom sampai lagi ke JB...

NJ@goboklama said...

Luna,laaaaaaa....bila,nanti jap,nk hop blog Luna eh! hophop!!

Maksu,ye,ruginya akak sbb 'wrong timing',nk pegi lagi,jauh tuuuu...

Sas,semoga anak2 sas secomel atau lebih comel drp mrk,insyaAllah...

Belum sampai? Belum pernah ke sana? why???? :p

FAWA said...

jb and pasir gudang maaa....tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tpt pertama kena posting lorr...kongkong sana...singgah selalu makan roti tisu...warghhhhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails