Pages

Thursday, February 05, 2009

Restoran Mak Uda Selera Timur

Apa yg menyebabkan anda datang semula ke kedai makan yg selalu dikunjungi? Kerana rasanya kah, harganya, lokasinya, menunya, atau ada sebab-sebab lain? NJ tertarik pada Restoran Mak Uda yg terletak di Subang 2, Shah Alam ni kerana keramahan pemiliknya. Jarang sekali NJ nampak pemilik restoran yg selalu ada di kedai, bersembang dengan pelanggan, walau di waktu sibuk dia tetap meluangkan masa sambil melemparkan senyuman manis kepada setiap pelanggan. Dia mempunyai 1 lagi cawangan di kawasan Subang Perdana & memang tak dapat dinafikan, kedua-duanya mendapat sambutan yg amat menggalakkan.


Restoran ni sederhana saja besarnya.


Menu yg pelbagai utk memancing selera pelanggan



Kalau hari Jumaat, Sabtu & Ahad, NJ kira, agak-agak ada lebih kurang 40++ jenis masakan kat restoran ni. Macam-macam ada; Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Nasi Lemak, lauk-pauk dll. Hari Jumaat sentiasa full house sebab dapat air minuman 'FREE'! (tengahari saja, lepas solat Jumaat)

Makan, jangan tk makan..








Inilah dia Mak Uda, asal dari Trengganu. Tengok tu senyumannya, manis kan? Oleh itu wahai pemilik-pemilik restoran atau apa-apa jua perniagaan, maniskanlah senyuman, ramahkanlah mulut, atau sebaik-sebaiknya, didiklah pekerja-pekerja supaya mesra pelanggan, barulah laris perniagaan & seterusnya maju, insyaAllah....

Restoran Mak Uda Selera Timur
Jalan Bulan U5/BT,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor
* Seksyen U5 Shah Alam berdekatan Subang Skypark & Kampung Melayu Subang

"Smiling is infectious,you can catch it like the flu. Someone smiled at me today, and I started smiling too"  ~ Anonymous

12 comments:

Kak Elle said...

hehe nad I am smiling in Sgp too reading this...

that should be the way pelangan harus dapat layanan.

Mr PenyuBiru said...

cam menarik jer restoren neh. selera pantai timur lagik. dah kena lah ngan selera aku.kena carik neh.hehe

NJ@goboklama said...

KakElle,qisst tengah senyum kat kakElle ni tau! :) :) :)

Mr.Penyu,cariklah,mana tau 1 hari nnti trserempak pula kat Mak Uda,heheh..

kakpah said...

kita akan ulang restoren tu kalau ia ada kelainan: menu, layanan, kebersihan. kalau kita pekenan tempat tu kita tak jemu-jemu pergi.

FAWA said...

NJ...dekat area i tu...biasa makan cn juga...both restaurant..

NJ@goboklama said...

KakPah,NJ setuju gitu. :)

Fawa, eheheh,,,ntah-ntah kita ni berjiran tak? ;)

joe.bukau@gmail.com said...

Datang, jgn x datang.
X rugi kalo kite mncube.
Try roti canai kat restoran ni, ada power beb.... Murtabak pun ader...

Abdul Razak said...

mak uda mmg baik, bungkus nasi pon dpt bubur free...da biasa sgt...tp kadang2 sayang gak kalu ader pekerja yg kurang ajar...i leh dikatakan dlm sminggu 4 kali mesti makan kat mak uda...1 day boleh si pekerja bersikap kurang ajar...i boikot restoren tu buat masa ni...

NJ@Goboklama said...

Alamak Abd.Razak, you pun kena jugak ke? I pun terkena dengan sorang pekerja dia yg kuwang ajo bukan sket tapi banyakkkkk hingga menyebabkan I merajuk takmo dtg ke sini lagi. Tapi sebab sayangkan Mak Uda, I datang juga ke cawangannya yg lagi satu tu. Rasa mcm nk bagi free training kat pekerja2 Mak Uda tu supaya mesra pelanggan...... haiiihhhhh.....

FnF Centre said...

CMNER NAK G KEDAI NI??MCM BEST MAKANAN DIA..

NJ said...

FnF bole tuju ke Subang Skypark atau Subang 2. Nak directkan pun susah gak nih, kalau dr KL, pas Subang Skypark, terus lagi sampai jumpa traffic light yg ada Caltex kat sebelah kiri. Belok kanan, ada 50meter je belok kiri & masuk simpang pertama, tengok alamat tu dah boleh jumpa kedai dia. Good luck hunting dear!

Anonymous said...

pnh beli kat ttdi....nasi separuh aym seketul size biasa ngn sikit sayur...yg pmpuan muda sket anak mak uda ke sape xtaula nk caj rm7! mak uda kate rm5 je...mlmpau plk rase yg lg sorg tuh...agk2 la nk caj pn.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails