Pages

Friday, March 20, 2009

Chatuchak - Part 1

Bercerita tentang Chatuchak, memang lah tak boleh nak bayangkan kalau tak pernah pergi. NJ pun yang dah 3 kali ke Bkk, tak pernah lagi berjaya menjelajah kesemua bahagian pasar yang sememangnya besarrrrr dan luas. Peta memang ada disediakan kepada pengunjung, tapi bila dah sampai sana, kekadang kita boleh disesatkan oleh hawa nafsu, pelbagai rasa bercampur-baur, kepenatan dan macam-macam situasi yang tak dapat digambarkan di sini. Kepada yang tak biasa berhimpit-himpit dengan ribuan manusia, tabahkan lah hati dan bersiap-sedia sebaik mungkin untuk menghadapi sebarang kemungkinan. (chewah,macam nak pergi berperang jek)


Kesesakan jalan raya yang memang sinonim dengan Bkk.


Oleh itu, NJ pilih BTS untuk ke mana-mana. Perkhidmatan yang sangat cekap dan boleh diharap, tak sampai 5 minit dah sampai pun train, tak payah tunggu lama-lama. Setiap stesyen ada kaunter perkhidmatan dan 4 guard yang menjaga setiap pintu keluar-masuk.


A bit spacious (because of the seats arrangement) , cleaner, and sunnier than...


ours...



Berhenti kat stesyen Mo Chit kena jalan kaki jauh sket, kalau tukar dengan MRT kat stesyen Asok, boleh sampai terus ke Chatuchak Park, terus masuk ke bahagian pasar. Tengok tu teksi-teksi yang bersiap-sedia beratur mengambil penumpang. Mengikut seorang driver teksi yang ditemu-bual oleh NJ, ada lebih kurang 200,000 buah teksi di Bkk sahaja, manalah tak jem...


Kami sampai awal sangat, so we had our breakfast here at Saman Islam (start operating at 9 am) stall, berdekatan dengan Clock Tower.


Tengahari dah mula penuh dengan pengunjung. Kesian tengok bebudak kecik yang dihayak oleh ibu-bapa, ada yang meraung, melompat-lompat menangis kerana tak selesa dan panas.



Kalau dahaga boleh cuba macam-macam jenis jus buah-buahan atau ice-blended, yang tak suka manis, boleh minta jangan letak air gula, kalau tak, manisnya masyaAllah, tak boleh nak telan.....


Atau cuba teh tarik ni.


Antara persembahan jalanan yang terdapat di sini.


Sejibik macam Kapten Jack Joni kan?


Kalau orang lain buat meeting point kat Clock Tower, NJ suggest you all buat meeting point kat JJ Mall sebab lebih selesa dan tak sesak. Bilik air pun lebih bersih dan tak perlu beratur. Terletak bersebelahan dengan Chatuchak. Boleh lepak-lepak minum kopi lagik.


Atau dapatkan perkhidmatan Foot Massage dengan selesa di sini.

3 comments:

Kak Elle said...

wah hebat si Arif mana mak pergi dia dapat sesama kan...ntah lah qisst tempat mcm ni agak kalau akak pergi bolih pengsan dgn ramai nya orang...hahaha

kakpah said...

wuih.. yang berdiri sebelah arif macam jack sparrow tu patung ke orang... Dasat lah.

NJ@goboklama said...

Kak Elle mmg takleh pergi sini,tapi ada tempat lain yg seswai dgn kak Elle, qisst boleh bawakan, nak tak? ;)

Kak Pah, orang siam betul tu, solekannya, gayanya mmg sejibik. Cuma bahasanya aje lain,hihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails