Pages

Wednesday, March 18, 2009

Koh Kred Island - Part 1

14 Mac 2009 pagi kami ke Koh Kred Island. Pagi di sana maknanya Subuh seawal 5.20 pagi, matahari naik seawal 6 pagi. Perjalanan dari Sukhumvit area ke Koh Kred mengambil masa lebih kurang sejam. Untungnya kami pada hari itu, angin bertiup dengan kencang, so masa jalan-jalan tak le panas sangat. Udaranya pun nyaman sentiasa....


Van yang kami sewa di sana, kebanyakannya memang besar dan selesa. Harga pun berbaloi.


Students yang mengikut, tengok tu keluasan dalam van, sangat selesa walaupun untuk perjalanan jauh.


Kalau tak biasa ke Koh Kred, tour guide akan bawa pelancong ke jeti ini (tourist trap-beware!) dulu dan suruh naik bot pusing-pusing entah ke mana-mana dengan bayaran 50 Bht seorang.


So, kami request untuk terus ke jeti yang sepatutnya yg terletak di Wat Sanam Neua. Ini laluan masuk ke jeti.


Beratur nak masuk bot, bayaran 2 Bht seorang.


Kalau penat nak jalan-jalan, bolehlah sewa basikal dengan bayaran 40 Bht satu, tapi kenalah hati-hati dan orang yang expert mengayuh je dibenarkan sebab jalannya kecik aje, kalau tak, masuk sungai le jawabnya.








Makcik ni basuh baju dan periuk belanga guna air sungai. Mandi pun kat situ.


Daun bawang yang enak dimakan begitu saja. Cicah sambal lagi ada kick.


Cantik gak buat tirai kat umah ni,hihi..



Jalan masuk ke Otop Village/Pottery Village




Pakcik tengah demo teknik lempar alin kat pelancong.


Peminat kucing, besar woooooo, & ada lagi yang lebih besar, bersepah je kat tepi jalan. Tapi tak boleh lawan jumlah anjing yang banyak kat sini, just imagine jalan yang kecik, anjing kat sebelah, macam mana nak ngelak? So, kalau yang takut kat anjing tu, toksah lah pergi sini ye? Nanti kang,melompat-lompat, terjerit-jerit nak ngelakkan anjing,huhu...


Mula-mula NJ ingatkan dia dukung baby, rupa-rupanya hanjing wehh!!!!

Tunggu bahagian seterusnya esok :)

4 comments:

mosh said...

best nya awal2 dah update. very efficient!

lempar alin tu apa?

NJ@goboklama said...

Mosh,mula-mula malas gak, tapi sbb ada masa sket,bolela hapdet. BTW,teknik lempar alin tu salah satu teknik membuat tembikar menggunakan tangan.

Kak Elle said...

best nya ... thanks for sharing:)

vy said...

NJ

alamak!!!
bestnyer weh!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails