Pages

Sunday, March 08, 2009

Pasar Tani Shah Alam

Okay,sesi latihan shopping bermula!! Hari ni kita pergi Pasar Tani Shah Alam ye adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik, dan abang-abang semua. PTSA ni terletak berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan Pasaraya Giant Shah Alam. Urus-niaga bermula seawal 7 pagi setiap Ahad dan berakhir kira-kira 3 petang. Ada 3 bahagian utama di sini iaitu pasar barang-barang jualan, pasar basah dan bahagian makanan. Pendek kata, MACAM-MACAM ADA!!!! Jom jale-jale!!


Pagi-pagi lagi dah penuh berderet kereta kat tepi jalan.


Kemah kaler biru ni kawasan feveret makcik nih!


Tengok tu orang, kalau tak suker dengan keadaan cenggini,toksah pergi ye! Kalau bawa anak-anak kecik, bersedialah dengan kerenah mereka. So, bawaklah kipas ke, topi ke, air sejuk ke,mainan ke.....


Tudung Ekine? Tudung Ariano? Murah je kak, dari RM5 ke atas.


Eh abang, baik-baik sket, naya je kalau kena kat budak, kena saman nanti!!


Gerai barangan terpakai pun banyak kat sini.


Haaa,kakak-kakak mesti suka kat tempat nih!


My feveret!!

Lagi satu!

Kanak-kanak yang bosan menunggu mak-bapak membeli-belah.



JOM JALE-JALE!!!

14 comments:

FAWA said...

bila tahun la nak sampai NJ,walhal bukan jauh pun...hi hi..ramai kata best....tgk pat2 NJ letak tu mcm ada yg kenan...hi hi hi

nurazzah8 said...

salam ziarah,
hurm...dolu-dolu saya suka pergi...tapi sekarang dah tak larat nak jalan...besar sangat dan terlampau ramai orang...selalu balik mesti pening kepala...dahlah ramai orang, panas dan bermacam-macam bau ada...hehehe...
tetapi sesekali nak cari barang murah pergi sini lah...cuma kalau pergi terus beli kalau dah jumpa barang yang dicari, lepas tu balik...tak pernah habis nak round semua...

Abang Long said...

InsyaAllah, akan buka bisnes disini. Doakan.

MULAN said...

waaahh.. banyak betol barang dagangan situ.. mesti sehari pun tak puas..

vy said...

nak kena pegi jugak ni
dekat ngan umah KakLady
boleh kita berGATHERING kat situ yerk!
hehehe

Tie said...

Wow !

Bestnya.... Kalaulah ada kat Ganu, tentu seronok makcik ni buat terapi....:)

Kak Elle said...

kalau ler panas dan ramai orang minta maaf ye saya malas nak ke tempat mcm ni takut pitam bau macam2:)

A.D.A said...

hiiii kak NJ :)

Yg gambar yg akak kata 'my favourite' tu apa? macam ceramic je saya tgk...tapi cantik jugak...

Bird

Dad of 4+1 said...

Mahal tak the old tiles and mangkuk lama tuh? Nak tanya sikit...gambo gobok tu you punya gobok ke? Lovely!

NJ@goboklama said...

Fawa,pergilah,spt kata awak,bukannya jauh pun,dah pergi baru tau kan? :)

Nurazzah,timakasih singgah. Part panas & ramai org tu mmg agree,tapi part bau macam-macam tu yg tak paham,so far NJ tk pernah lak bau yg tak best tuh,hihi.. NJ pun sama, tak pernah round habis, selalu mmg target nak cari barang apa, dah jumpa terus blah, tak larat ah nk ronda-ronda lelama.. ;P

Abg.Long, nanti war-war kan ye! :)

Mulan, jom le! ;)

Vimmy, kita gathering kat umah kaklady le lagi best! :)

Tie,kat sana kan ada Pasar Payang, tak best ke? :)

Kak Elle, pakai mask le! ;p

Hi Bird,finally dah ada blog sendiri,nanti akak visit! Feveret akak apa lagi? seramik lah of course! :)

Daddy4,tak mahal sangat, puluh ringgit je. Yes, gambor gobok antik tu gambar koleksi I,tapi bukan kat Mesia,lokasinya dirahsiakan atas sebab2 tertentu,heheh... ;)

ashley said...

yang paling mahal ialah.....gambar bebudak tu..he he he..ANAK SAPE LE TU??

Dad of 4+1 said...

Tak available for sale ke gobok tuh?

NJ@goboklama said...

kak Ash,tatau le anak sape,anak peniaga mungkin? :)

Daddy4,pengumpul brg2 antik ke? Nanti NJ tolon tanyakn ye? ;)

Dad of 4+1 said...

Ada gak collect....But this piece is lovely!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails