Pages

Saturday, April 04, 2009

Haiku




"Mama, tolong cari informasi pasal H-a-i-k-u" (siap ejakan, takut Mama dia tak tau, eleh..)

"Arif nak masuk pertandingan tulis haiku kat sekolah"

Ha'ah la tu, last-last, Mama dia jugak yang tolong buatkan. Maaple kalau salah ek, Mama awak bukannya pakar bahasa apatah lagi pakar haiku,hihih..

Si katak hijau
Melompat-lompat ria
Hari nak hujan?

Hatiku pilu
Pandangan ke sakura
Dah musim luruh

Telaga tua
Katak melompat masuk
Bunyi berdebur!!

Bunyi cengkerik
Tiada langsung tanda
Bilakah mati

Tiada orang
lari begini jauh
Mana tujuan

Wahai si tupai
Sibuk tebuk kelapa
Rasa berdosa

Semut yang rajin
Merayap cari makan
Manusia malas

Lalat-lalat itu
Melayang sana-sini
Mabuk udara

Kupicit kutu
Gatalnya kepalaku
Anak melihat

Di hujung kaki
Bila masa sampaimu
Wahai si siput?

Gagak pun terbang
Rembang mentari petang
Penembak pandang

Alam sekitar
Robek, lunyai, ternoda
Sikap manusia

Jiwa dan raga
Pujuk hatiku ini
Tangisan bumi

Sepantas kilat
Hutan hujan menghijau
Berganti kondo

Kerana benci
Kubunuh lalat itu
Semut pun makan

Sekali lagi
Air mencurah-curah
Di musim hujan

Elok cuaca
Kudaku lari kencang
Nafas yang panjang

Aku nak tidur
Perlahankan suara
Mimpi yang indah

6 comments:

MULAN said...

hari mendung
aku selubung
best wooo...

Jiji said...

Kopi secawan,
Ditambah susu.
Dertinggal di meja.


Hehe.

supermummy said...

Hi! Nominate yourself or your fav mommy blog at The First Supermummy Amazing Blogger Award!

Mak Su said...

best-best gaks haikunya, ada kutu, semut, aku juga nak tidur :)

NJ@goboklama said...

Mulan,best gak tuuuuuu..... :p

Jiji,tak cukup syarat tuu.. :)

supermommy,vote me plzzz!!!! wakakaka!!!

Maksu,mimpi yg indah ok! ;)

小籠包Jason said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails