Pages

Friday, April 24, 2009

Kaki




Imej diambil di sini

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”
Ada orang kata, kalau ada tahi lalat di kaki maksudnya orang tu akan berjalan jauh, tak taule sejauh mana ek, tapi memang jauh le,heh.... NJ takde tahi lalat di kaki dan yang paling jauh NJ pergi setakat ni cumalah Bangkok,.... Bila baca dan dengar cerita kengkawan dan sedare-mare yang selalu berjalan jauh, NJ teringin juga nak pergi sambil-sambil memujuk hati dan berazam akan menjejakkan kaki ke negara lain bersama keluarga dengan keizinanNya suatu hari nanti, insyaAllah....

“Jauh berjalan luas pemandangan” amatlah bertepatan sekali maksudnya kerana hanya setakat pergi ke Bangkok sahaja, NJ dah dapat melihat betapa berbezanya negara kita dengan negara orang, dari pembangunannya, rakyatnya, kebudayaannya, cara hidupnya dan macam-macam lagi lah. Rupanya tak cukup dengan hanya mengenali sesuatu negara melalui pembacaan atau melalui internet kerana apa yang kita lihat di depan mata tidaklah sama dengan apa yang kita lihat di muka surat buku, majalah atau di paparan skrin tv dan komputer. Rugilah orang muda yang masih tiada komitmen kalau mensia-siakan peluang melawat negara orang (kalau dah berkeluarga belanjanya tentu lebih besar kan?) kerana dengan pengalaman itu, kita akan menjadi lebih berani dan terbuka dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi.

Cuba teka, negara manakah yang NJ akan pergi selepas ini? Hadiah berupa cenderamata dari negara tersebut akan diberikan kepada mereka yang berjaya meneka dengan tepat (lepas selamat sampai semula ke Malaysia lah). Hmmmmmmmmmm...... ke mana ye?? Singapura kah? Indonesia, Jepun, India, China, US, UK atau Turki barangkali?? hmmmmmmmm.........


Selamat meneka-neka ya!!! ;-)

14 comments:

ashley said...

NJ,
memang 'jauh berjalan luas pemandangan'..
Akak dah sampai ke Jepun,USA, Canada, Jordan, Arab Saudi, Singapore..Teringat nak kena sampai gak ke Australia,New Zealand, Turki dan Iran..

entah bila la tuuu..

okay let me guess..hmmmmm

Rasa rasanya engko nak pergi CHINA kut selepas ini..
akak rasa sebabnya ko nak kena tinjau POTTERY kat situ lak. ..
he he he..TEKA JER!!

ashley said...

ooohh by the way, akak ada taik lalat betul betul atas tumit kaki kanan..KUAT JALAN?? kebetulan jer tuuu..

he he he

Lollies said...

kasilah clue. how to guess like this.

mosh said...

gambar kaki tu hint ke?

Yuan said...

kekeke. I know where you're going...I think. :p

NJ@goboklama said...

Kak Ash,amboi, merata dunia dah tu. China? Tahun depan kot? :)

Lollies,barulah thrill takde clue,kikikih... ;)

Mosh,India? Ada dlm wishlist tu. :p

Yuan,shhhhhhhhhhhhhhhhh... ;D

**********************

Ok, setakat ni takde lagi peneka yg tepat, cuba lagi!!!

MULAN said...

india..

MULAN said...

vietnam..??

NJ@goboklama said...

Mulan,India has been ruled out, vietnam oso. NJ nk pergi dgn Mulan ke Vietnam nnti,u b my tour guide ok? :)

Mama Rock said...

NJ, if i list down all the places i can think of and one of it is your destincation, boleh pakai ka?

NJ@goboklama said...

MamaRock,bole gak,but pls choose the best 3 ok? faster,faster,deadline this midnite!! Interesting gifts, not only keychain hokay!! ;)

ashley said...

ALAHAI salah yer....
kalau TURKI? amacam..ada harapan dapat key chain?

izapiza said...

Hi nj.. arituh kan ada ckp awak nak pegi jakarta yea.. jakarta tuh dkt filipina kan,ish pandainya geografi.. hehe.. bila kita nak jumpa ni? skrg org ok dah free..

NJ@goboklama said...

kak Ash,bukan juga,kalau turki mestilah produk tembikarnya yg cantik tu dijadikn subinier,kihkihkih... :p

Piza,Jakarta tu lepas raya la kak oii.. terlepas gak awak nk dpt subinier,kihkihkih...

Ok,nnti I plan-plan dulu our date k? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails