Pages

Tuesday, April 21, 2009

Tangan

Ketika bersalaman dengan abang Adingku...

"Kenapa tangan kau macam lelaki Aa, kasar semacam"

"Eh? Biasalah, tangan orang kerja kuat..."

Kekadang NJ jeles bila bersalaman dengan orang lain yang tangannya lembut selembut kulit bayi. Malu ah tanganku ini yang kasar macam tiang j@m**n. Silapnya kerana tidak mempraktikkan pemakaian losyen daripada dulu, sekarang rasanya dah terlambat nak patah balik kot?? Makcikku yang berusia 56 tahun, amboi tangannya lembut sebab dia pakai losyen Johnson&J setiap hari sejak daripada muda remaja sehinggalah sekarang.

Lagi satu sebab yang mem"parah"kan lagi kondisi kulit tangan ni adalah kerana sejak NJ menceburkan diri dalam bidang pembuatan tembikar, NJ agak malas dan culas dalam mengambil berat kesihatan kulit tangan yang selalu bersentuhan dengan tanah liat. Sepatutnya setiap kali selepas aktiviti bermain dengan tanah liat berakhir, NJ harus menyapu losyen ke tangan supaya kandungan air dalam kulit dapat diseimbangkan. Banyak orang berpendapat tanah liat boleh melembutkan kulit, ada betulnya jika tanah liat itu diproses khas untuk rawatan kulit. Jika tanah liat biasa yang digunakan untuk membuat tembikar, mana ada kak oiiiiii.....



Tanganku besar, kasar, dan hitam, tak secantik tangan jejaka ini,heheh..

Imej diambil di sini

Anyway, tahniah diucapkan untuk abang Adingku dan kakak iparku yang selamat menyambut orang baru "Nur Sya'adah" semalam setelah 7 tahun menanti. Giliranku pula bilakah agaknya?? 11 years and counting.....

12 comments:

Abang Long said...

Teringat satu hadith "tangan yang kasar adalah tangan ahli syurga." Wallahu'aklam.

blackpurple @ jowopinter said...

Hehehe. Tangan saya 'cantik' dalam gambar jer :p

NJ@goboklama said...

Abg.Long,insyaAllah.... amiinnnn.. :)

BP,eh...tk sangka awak dtg juga,sorry tk minta permission link awak ke sini,heheh.. ;p

MULAN said...

kasar takpe jugak nj, tangan saya ni siap berkematu lagi.. kat tapak bawah pada jari2 tu.. habis keras semacam je kulit tu.. kita salam dua orang je la..

NJ@goboklama said...

mulan salam siapa 2 org tu? :)

ashley said...

NJ,
tu tangan REZEKI TUUUU....okay per!

mosh said...

kalau ada rezeki datangla dia InsyaAllah

Jiji said...

Tangan tu jugak yg boleh kasi tido anak heheheh@!~

ILA said...

Psstt..NJ,
fizikal enggak penting..
yg penting HATI..
:D

NJ@goboklama said...

KakAsh,ya betul!! Alhamdulillah... :)

Mosh,mmg rezeki tu di mana2 & bila2 masa saja atas keizinanNya kan? :D

Jiji,popok jgn tak popok bagi nyenyak tidor k? ;p

Ila,ya betul juga, hati yg ikhlas sinarnya akan terpancar ke muka yg terus menggambarkan peribadi,ewah.. :D

FAWA said...

NJ...kalau dah biasa main dgn clay dan spesiesnyanya mmg kita jadi malas nak sapu2 losen tukan kecuali yg jaga cantik....fawa pun kalau dulu2 baik waktu memproses cuci batik dan printing...tak do nyer den pakai glove...

den dulu ada gak amik elektif seramik...belajo buat basic ja...coiling tu..mak aii lenguh den gentel tanah liat tu....

mosh said...

amboi! lain macam je bunyi cari "rezeki" tu :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails