Pages

Thursday, April 23, 2009

Lidah

Ada perumpamaan berkata “Lidah setajam pisau” bermaksud seseorang yang mempunyai kemahiran memanipulasi perkataan dan ayat dalam pertuturan sehingga boleh menyebabkan orang lain tersinggung atau terguris perasaan bila mendengarnya. Pendek kata, orang yang spesis mulut ‘laser’ lah… Pernah terjumpa atau adakah anda juga termasuk dalam kategori itu? ;-)

Secara umum, lidah mempunyai deria rasa yang boleh merasa masin, pahit, manis, masam, dan umami. NJ simpati pada mereka yang hilang deria rasa, mereka makan hanya untuk meneruskan hidup. Pernah dengar salah seorang daripada mereka berkata, bila deria rasanya hilang, hidupnya dah menjadi kurang bererti, kasihan….

Rupa-rupanya, deria rasa kita boleh dilatih. Macam baby, bila diperkenalkan makanan yang pelbagai rasa, sampai besar mereka tak akan dapat menerima makanan yang tawar dan hambar rasanya. Orang Malaysia kebanyakannya mempunyai deria rasa yang sangat tinggi kerana terbiasa dengan variasi makanan yang kaya dan pelbagai. Cubalah bagi makan makanan takde garam atau gula kat makcik pakcik kita, ada yang kena komen “lidah setajam pisau” nanti, seperti juga adik iparku si pengkritik makanan tu, katanya "macam air lalu je rasanya", hampeh tul, heheh…

Dalam usaha mengurangkan berat berlebihan nih, I gave up my daily dosage of teh tarik about a month ago (kekadang pekena jugak kalau ketagih,hihi..). Mula-mula memang tak biasa tapi lama kelamaan, NJ sendiri memilih untuk tidak meminumnya. Dulu, substitute dengan milo ‘O’ tapi sekarang dah terbiasa dengan milo kosong. Tak boleh dah nak minum minuman manis sejak mengamalkan order air minuman “kurang manis” lama dahulu. Mungkin juga dah terbiasa minum milo kosong panas (sebab milo kosong ais kurang sedap), NJ dah kurang minum ais. Orang kata minum ais boleh menyebabkan pengumpulan lemak-lemak tepu berlaku dan sukar nak hilang walaupun kita bersenam? Wallahhua’alam…..

Jadinya, silalah amalkan “KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN, LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUMAN” ;-)



Imej diambil di sini

Nantikan entri seterusnya, KAKI... :-D

7 comments:

KC said...

cayalah lu dah turun 2 kg tak minum teh tarik...woo hoo! minum ais ni kalau selalu sangat pun tak elok orang tua2 kata nanti badan selalu lesu..i think they're right on the dot coz i drank too much tu pesal badan cam tak cergas giteww...

Insaflah said...

Pernah 'mengasah' lidah dengan lidi penyapu ? Rasa bersih lidah lepas tu ... cubalah ...

kakpah said...

kadang-kadang lidah kita ni mengada-ngada hik..hik..
Tekak tu tak de papehaal pun, main telan je. Tapi bila lidah dah cakap, tak selera nak makan sebab tak sedap rasa, tu yang tekak taknak terima tu he.he..
.
.
so, untuk menjaga kesihatan, lidah kena ajar dulu.

NJ@goboklama said...

KC,teh tarik with all the creamy, milky, sweet taste, of coz lah badan I mcm dipam-pam gitu. Rasanya bukan kerana teh tarik saja, I masih lagi guna threadmill once in a while,eheheh... Ais pun kena kurangkan horrrr.. Nnti dh tua tulang sakit2 pulak.. ;p

Yang insaf itu, errrrrr..... lidi penyapu yg dah sapu sampah atau yg suci bersih belum pakai? :0

KakPah, ye betul!!! :D

WanHidayat said...

Chomellllllnya budak tuh...

Ok...lidah...ermmmm, rasanya sy nih pun jenis manusia yang suka menyindir...tapi sy menyindir untuk kebaikan diri dan mereka yang sy sayangi...

*Bayangkan bila kita tidak berlidah...macam mana ek???

FAWA said...

tahniah ...kurang 2kg...adakah kerana teh tarik....becoz..i kalu mkn kat luar bekfast mesti ode teh tarik...kat rumah tak...ais , mmg jarg minum...tp mmg dah baka sihat...

mosh said...

saya dulu masa kecik2 mak saya mulut laser. almaklumlah makan sambal belacan banyak sangat kan? tapi sekarang sudah belajar control sikit ehehehe.

yes i really believe in training your palate also. that's why i cannot take very sweet coffee or anything like that tapi part makan chocolate tu laju sesangat takde pulak complain manis...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails