Pages

Thursday, April 02, 2009

Masa Bumi Muara

Lupa nak tanya pasal Earth Hour you all, camner ek? Ada ambil bahagian ke? Dah tentu NJ pun turut memberi sumbangan dengan bergelap selama 1 malam lagi!!! Tapi sebenarnya masa tu NJ takde kat umah, wakakaka!!!!

Ada orang nak belanja makan malam kat Muara le hari tu, so kami pun ikut aje. Entri ini pun didedikasikan untuk adik Puteri yang katanya tak pernah lagi ke Muara. Harapnya info yang NJ beri cukup untuk dijadikan panduan.

Ok, bergerak menuju ke Pelabuhan Klang Utara, sampai satu jambatan yang ada signboard tulis laluan ke North Port dan satu lagi 'Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara/Tanjung Harapan', ikut Tg.Harapan tu, terus aje sampai nampak signpost (kecik aje) kat sebelah kiri jalan tulis 'Tanjung Harapan', masuk ke kanan dan terus aje sampai jumpa Medan Muara Ikan Bakar tu. Ada senang? Kalau sesat, pandai-pandailah tanya orang ek?





Malam minggu yang pastinya penuh dengan pengunjung, tengok tu, siap beratur panjang nak amik seafood.


Kabur la pulak. Suasana dalam restoran yang meriah (bingit wooooo) dengan pengunjung yang menikmati selera. Haiihhhh,bila la bole beli Canon DSLR nih....


Mula-mula dapat tempat ni, tapi 1 meja aje, mana muat 12 orang? Dinasihatkan kalau perginya ramai, tempahlah dulu awal-awal ye?


Pindah pulak ke dalam ni, lebih selesa, berhawa dingin dan tak bingit sangat. Tapi mak kata, macam makan kat umah jek, oklah, kami pun selakkan langsir tu untuk dia lihat pemandangan pelabuhan,hihih..


"Kapal apa yang kat ujung sana tu Emi?"


Standard lah bila dah menunggu lama (lebih kurang masa earth hour berlangsung), masing-masing kuarkan hp lah, kamera lah snap-snap photo.


Tengok limau pun dah terliur, bilalah makanan nak sampai nih!!


Terenggg!!!! Dah pun solosai, sorrylah, lapar punya pasal dan lama sangat menunggu, sumer jadi piranha, lupa lak nak amik gambar.

Cuba udang/sotong celup tepung atau tomyam dan ikan-ikan bakarnya, boleh tahanlah, dan harganya pun boleh tahan juga. ;p


Apa lagi, jom makan-makan!!


Medan Muara Ikan Bakar,
Jalan Sultan Hishamuddin Kaw. 20,
Bandar Sultan Suleiman,
Pelabuhan Klang Utara (Northport),
Port Klang. (03-3176 6929/6001)

7 comments:

sedap, suci, segar ... said...

Malam minggu lepas, jalan - jalan di Tanjung Gila.

Dad of 4+1 said...

Selalu dengar org cerita tapi tak tahu nak pergi..Thanks for the directions...!

NJ@goboklama said...

sedap,suci&segar,mana tu Tg.Gila? :)

Dadof5,no prob,& do enjoy your outing!! ;)

Jiji said...

I've been to Muara. Not bad at all!!!@!~

Reasonable price.. tp tak syok pasal amik ikan len,.. dpt ikan len..=(

Ohyeh.. I punya earth hr.. i beli pokok. tanam. HEHEHE

NJ@goboklama said...

Jiji,ada ikan yg tak best rasanya,macam dah busuk,geram betul! Rosak reputasi Muara.

Tanam lagi banyak2 ok? :)

ILA said...

Salam Gobok Lama..
Hmm..dah lama tak mampir ke sini;)
Haiiyahhh..Itu MUARA RESTORAN BYAK MAHAL lahhhhh:(

mosh said...

yang ni saya belum pergi jugak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails