Pages

Saturday, March 13, 2010

Cerita Beijing




Apa nak citer ek? Sesungguhnya yang paling berharga adalah pengalaman. Inilah group paling besar yang pernah NJ handle, walaupun ada 'terpelecok' sket here and there, alhamdulillah semua berjalan lancar.

Day 1: Bertolak dari LCCT ke Tianjin. Bila dah nak sampai & pilot announced suhu di luar -1'C, dari atas ternampak pemandangan yang sungguh kami tak jangkakan, langsung tak ada dalam itinerary, salji! Semua orang happy, tapi.... sejuuuuuuk!! Masuk bas cepat-cepat & bertolak ke Beijing.


Sampai Hotel dah petang. Tapi pukul 6 kat sana dah gelap macam malam. Kemas apa-apa patut, kuar carik makan, salah jalan daaaa..... Angin plak kuat, patah balik semula ke hotel & masak nasik, makan ngan sambal bilis & Brahim's meal, eheh...

Day 2: Visit to uni postponed to afternoon, so kami ke Summer Palace. Tempat yang luas dan cantik, macam revisiting citer-citer cina yang selalu ditonton di tv, wakakaka!! Arif berlakon jadik maharaja kat sini, heheh…

Pukul 2 ke uni. With 1st class fascilities and conducive environment, rasa macam nak belajar kat sana. Tapi kan, pesal la singkat sangat lawatannya? Tak paham, tak paham....


Day 3: Visit to Beijing National Art Gallery, tak banyak yang dapat dilihat sebab banyak ruang pameran ditutup untuk penambahbaikan.

798 Art District; tempat yang paling NJ suka! Pusat pembangunan seni dan budaya terbesar di Beijing. Kat sana, kalau besar, memang la BESAAAARRR!!! Gila aih nak jelajah satu-satu tempat tu. Highly recommended for those involve in art field.

Malam ke Wangfujing area. Makan kat Dong Lai Shun Muslim Restaurant yang femes dengan hotpotnya. Mula-mula makan memangle best, lama-lama rasa nak muntah lak tengok daging kambing merah-merah tu. Rindunya kat nasi lemak.....


Day 4: NJ pilih Great Wall Mutianyu section sebab katanya less touristy. Memangle less, tambah lagi low season. Naik ropeway ke atas, ngeri woooooo..... Sejuknya jangan cakap aihh, naik beku tangan, malas plak nak amik gambar sebab kena buka glove. We had soooooo much fun (not for the faint-hearted tho) riding the Toboggan down, tapi tak dapat amik gambar, rugilah... Kat bawah Arif beli t-shirt ‘I have climbed up the Great Wall’ dengan harga 10yuan, murah tuuu! On the way balik salji turun sket. Aih, maleh nak citer naper terpaksa kensel trip ke Ming Tomb. Drebar punya hal lah tuuu..... Tapi, dapat gak singgah beli strawberry yang saiznya jumbo giler besar, lagi besar daripada yang NJ makan kat UK. Kenyang makan strawberry hari tu, ahaks!

Day 5: Hari ni free & easy, so kami ada misi nak carik Niujie Mosque. Hubbyku tak percaya tempat tu agak jauh dari hotel sebab termakan cakap local yang katanya masjid tu dekat ajerrr…. Kami pun jalan kaki le carik ikut map. The wind so strong it almost blow me away, and I cried…. sebab mata masuk habuk & sejuknya takleh nak cakap. Lepas 1 jam jalan & tanya sana-sini, jumpa gak masjid yang dicari-cari. Alhamdulillah…… Tak besar mana pun, & binaan dan rekaannya lebih kurang sama dengan temple-temple yang NJ nampak kat Beijing sebelum ni. Hubbypun ber’cong-ceng-cong-ceng’ le dengan petugas-petugas masjid di sana.

Sebab pagi sangat, kami jalan-jalan carik bekfes kat kawasan sekitar, tapi semua lum bukak. So kami masuk Niujie shopping market, the only Muslim shopping market kat Beijing. Banyak gak shopping barang-barang makanan, macamlerr takde kat Mesia, heh… Balik ke hotel naik teksi cuma 11yuan ajerr?? Geramnya kat hubby I tu, sampai NJ makan sepinggan nasik goreng kat restoran Muslim di Liulichang, wakakaka!!!!

Pas solat Zohor (sebab tak sempat balik semula ke Niujie Mosque) kami ke Temple of Heaven, lagi sekali kena jalan jauh sebab dari satu pintu masuk ke pintu masuk yang lain, sangaaaatla jauhnya. Yang paling best kat sini adalah ‘Echo Wall’nya. Binaannya sangat unik sampai boleh memantulkan suara orang yang bercakap di satu dinding yang lain, yang jaraknya lebih kurang 200meter. Tapi yang peliknya, walau ada orang lain bercakap di sebelah, kita tak akan dengar butiran percakapan orang tu & kawannya.

Keluar East Gate, jumpalah Toy Market yang dicari-cari Arif, sakanle bershopping budak tu… Sebelahnya Hongqiao market, jumpa 1 rombongan dari Mesia tengah memborong sakan. NJ tak berapa suka kat sana sebab kebanyakan peniaganya sangat agresif, ada ke dipautnya tangan NJ paksa beli beg, sakit tau!! Puas carik jalan nak kuar dari kedai tu. Hubby yang tak pandai ngelak terjebak gak membeli alas meja yang boleh dibeli di Mesia dengan harga yang lebih kurang sama, haiihhh!!...

Day 6: Hari ni ke Olympic Park tengok Bird Nest, Water Cube & Sculpture Park. I should stick to my original plan visiting CCTV building later but I gave in to my student’s pleas. Kami pun ke ZOO, hahah!! LOL at myself. Most of the animals still tidur sebab musim sejuk, last-last takde mood nak jalan, ada plak 3 orang sakit yang ngikut, lagilerrrr rasa nak balik cepat. Dapat gak tengok panda yang comot tu (sebab meleset kat tanah yang basah). Kat area zoo ni ada gak Aquarium, Planetarium & Paleo Museum tapi NJ tak pegi pun semua tempat tu. Keluar dari zoo baru teringat nak pee2. Nak masuk dalam balik sangaaaatla jauhnya, so carikle public toilet. Hah, baru le ternampak realitinya public toilet yang sangat infamous tu, berbau, takde pintu, hanya lubang tandas ajerrr & takde penghadang hokayy!!! Dalam sejarah NJ tahan pee2 sampai balik hotel,wakakaka!!

Day 7: Finally, shopping time, yeayy!! Ke Xidan turun-naik bangunan, ukur jalan & akhirnya tak jugak membeli banyak. Letihlah asik nak bargain ajerr…. Tapi memang worth it pada sesiapa yang pandai tawar-menawar, jangan lupa letak harga yang paling rendah sebab once you go down, you cannot go down again, mesti dia suruh up & up, eheh.. Tempatnya? Kat belakang Xidan shopping center & hutong area. Sempat gak ke Xidan Department Store menerai mink coat berharga 50,000yuan, ahakss… terai ajerr….

Day 8: Snowing again!!! Wendy from hotel cakap jalan ke Tianjin ditutup sebab salji tebal. Don’t panic, stay calm, NJ memujuk diri. Ramai yang dah tak sabar nak balik especially yang sakit & ada gak yang bergumbira sebab dapat tinggal lebih lama kat Beijing, gila aihhh!! NJ pun tanak stay lama lagi, tak tahan cuacanya & dah rindu kat Mesia yang indah ni. Rindu kat makanan, teh tarik & sang matahari. Nasible ada back-up plan daripada Wendy, kami pun berangkat ke Beijing South Railway Station naik Speed Train ke Tianjin. The original 2-3 hours journey was cut short to ½ hour ajerr, at 245km/h speed (aritu takleh laju lagi sebab snowing), langsung tak rasa gegaran, smooth sailing….



Finally, sampai gak ke Tianjin airport & pukul 10 malam sampai ke Mesia. Alhamdulillah……



Next trip? Tunggguuuuu........ ;D

4 comments:

gina marna said...

seronoknyer Beijing....ermmm tp bese la kan ujan emas negeri org (jom kutip) ujan batu negeri sendiri (jom elak)...hehe lebih baik negeri sendiri :)

NJ@goboklama said...

GM, ya betul! NJ jln2 kutip pengalaman ajer, tk sanggup eh nak berlama-lamaan di negara orang ;D

MULAN said...

syok nya, best nya... bila la sampai sana...

NJ@goboklama said...

Mulan lagi best,dah merata tempat pegi kan? ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails