Pages

Monday, May 31, 2010

21 Hari...

Tengok tak 21 Hari, slot cerekarama di TV3 pada Sabtu malam lepas? Teringat pulak kisah yang terjadi pada NJ suatu masa dulu.....

Masa tu umur Arif 4 tahun, NJ, Arif & adik NJ ke Pudu untuk menaiki bas ke BP. Sementara tunggu bas bertolak, kami berjalan-jalan dulu, ternampak gerai Dunkin Donut & terus pilih-pilih donut yang nak dibeli. Masa toleh belakang, Arif masih dipegang adik, selesai bayar NJ tengok, dua-dua dah tak ada. Ingatkan mesti dah naik bas. Bila naik bas tengok adik sorang je, Ya Allah, berderau darah masa tu. Bila tanya Arif kat mana, adik kata dia ingat Arif ada dengan NJ, rasa nak pengsan dah, boleh rasa darah naik ke muka masa tu. Cepat-cepat naik ke atas semula, melilau cari kat tempat tu semula tapi tak jumpa. Baru je nak pergi ke kaunter polis, ternampak Arif dipimpin seorang pakcik dari jauh. Ya Allah ya tuhanku, tak dapat digambarkan perasaan masa tu, terus peluk cium dia, sampai terlupa nak cakap terima kasih kat pakcik tu.


Bila cerita hal ni kat kampung, sorang makcik NJ cakap, "Ish, kalau aku jumpa budak comel macam ni, aku pun nak", berderau lagi darah NJ.


Berbalik pada cerita 21 Hari tu, Dilla akhirnya berjaya ditemui selepas 21 hari diculik oleh sepasang kekasih psiko. Kesian dia yang trauma sampai tak dapat mengenali ibu-bapa sendiri. Boleh ke budak jadi trauma macam tu ek? Oleh itu, bila ke tempat awam bersama-sama anak-anak, janganlah lepaskan tangan mereka. Walau macam mana berhati-hati pun kita, satu saat terlepas pandang atau alpa seketika, takut perkara tak baik akan berlaku, nauzubillah....


"Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat"
~ Al-Mu'minuun (109)


* Pagi ni NJ naik komuter ke tempat kerja, secara tak sengaja masuk ke Koc Wanita, eyy... suka!! Selesa dan aman tanpa gangguan mata-mata nakal lelaki. Adakah sesiapa yang pernah terkena 'Sexual Harrassment' masa naik pengangkutan awam? NJ pernah dan itu berlaku lama dulu, masa NJ terlalu naif dalam semua perkara. Kalau sekarang, harus kena maki dan kena pukul dengan stiletto NJ, hihii.....Tapi kan, ada gak seorang dua lelaki yang tersesat masuk ke Koc tu, apalah perasaan mereka sepanjang perjalanan ye? Tak malu ke naik Koc Wanita bang oii?



Eh, baru perasan, bukan kaler pink la koc ni, stickernya aje kaler pink...






7 comments:

aNIe said...

NJ...sejak ada Pink Coach tu akak belum pernah naik LRT lagi...teringin lah pulak ...

Dulu akak pernah juga terkena macam kes 21 hari tu...masa tu kat Langkawi...Farhan hilang kat Jeti...punya ler takut...sebab dah dekat ngan Siam...kalau ada orang jahat yang jumpa memang sekejap dah ke seberang...serik lepas tu...

"MULAN" said...

zharif pon pernah hilang kat jaya jusco bkt tinggi.. dia nyorok dalam fitting room, umor 3 tahun.. saya jerit sekuat hati, tak peduli orang keliling.. nasib salesgirl jumpa dalam fitting room.. dia suka sbb ada cermin.. pheeww..

NJ@goboklama said...

kak Anie, Ya Allah, tk dpt digmbrkn perasaan tu kan?

Anyway, u shud try the ladies coach, best!

Mulan, apa trjadi lepas jumpa zharif? Ada tk perasaan geram? ;D

Anonymous said...

akukah yg bersalah?? huhu..
seriau btol masa tu beb..
bertuah punya aripppp!!!


-aku la..

FAWA said...

yess...saya pun kalau jejalan kat luar dgn anak2 if terlepas pegang tangan ja mesti risau...so kiri kanan la pegang kalau berjalan bertga, if ada abahnya, bahagi la sorang satu...

NJ@goboklama said...

Fawa, harus gitu kan?

Cuti skolah tk ke mana ke? ;D

FAWA said...

emmm..gitulah..dah nak masuk tiga ni, pening lagi mau tambah tangan mana pegang...si kakak kadang2 banyak lak songehnya...

mgu ni masih stay di sini , siapkan tanda paper xm..mgu depan saya berkampung di kg..hubby g umrah..tgl kami b3!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails