Pages

Wednesday, May 05, 2010

Pantun berapi




Mari pasang api pelita
Pasang dekat api unggun
Daripada duduk-duduk saja
Mari kita lawan berpantun

Api-api unggunan kandis
Damar tumpah di kulit tengar
Laki-laki mulutnya manis
Jika bersumpah jangan didengar

Sakit menebang kayu berlubang
Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
Daripada hidup baiklah mati

* Pantun ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati, sekadar berkongsi :)

3 comments:

Khai said...

Tanjung Piai tempat mengidam,
singgah sebentar ke rumah Zaitun,
Niat hati nak duduk diam,
tapi teringin lak nak balas pantun..

Kayu berlubang dibuat terompah,
terompah diukir dengan tembaga,
Tak usah dengar apa yg disumpah,
Lambat laun termakan juga..

Diredah paya tanpa berteman,
air ditepuk bunga berterabur,
apakan daya sudah suratan,
dimasak tak empuk digiling tak hancur..

NJ@goboklama said...

Khai, timakasih sudi berbalas pantun, ruginya sesi dah ditutup. Timakasih juga sudi datang. NJ akan buka semula sesi ini pada masa akan datang :)

Khai said...

sama2 :)
saje nak mengembalikan 'khazanah' org melayu..
dah lama rasanya xberpantun.. :)

next time invite sy yerr.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails