Pages

Tuesday, June 29, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa dan Hari Ilmu

Tersesat lah pulak ke satu blog hamba Allah ni, seorang selebriti terkenal tanahair (katanya) yang namanya kalau disebut, satu malaya kenal (katanya).  Blognya dikatakan antara yang menerima pengunjung terbanyak masa kini (katanya), mana taknya, ia dipenuhi kisah-kisah sensai yang disensasikan hingga peminat mahupun yang membencinya akan datang berkali-kali untuk membaca isi kandungannya yang entah apa-apa itu.  NJ tak bohong, NJ sendiri pernah tiga kali ke blognya dan rasa macam tak percaya, seorang yang terpelajar sepertinya (katanya) sanggup mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat setiap kali tanpa rasa bersalah.  Adalah tidak sesuai langsung gambar header blog itu yang memperlihatkan kesucian Kaabah jika dibandingkan dengan isi kandungan carutan dan makian yang memenuhi blognya itu.

Mula-mula NJ rasa risau juga, takut-takut ini adalah petanda 'buang tebiat' nya, tapi rupanya banyak juga yang telah memberikan komen dan pendapat yang sama dan dibalas pula dengan sombongnya, 'Do I Care?'.   Oleh itu, biarkanlah si luncai itu terjun dengan labu-labunya kannnnnn??.....Apa yang pasti, NJ berjanji pada diri sendiri tidak akan mengunjungi blognya itu lagi selepas ni.

Teringat artikel yang ditulis oleh PakNil @ Aznil Nawawi dalam Harian Metro bertajuk 'Benar Bahasa Jiwa Bangsa' yang bertarikh 6 Jun 2010.  Ianya berkisarkan tentang budaya membaca, kebebasan bersuara dan kemudahan internet yang disalahgunakan oleh kebanyakan kita dewasa ini yang mana telah banyak memberi kesan dan memberi pengaruh buruk kepada generasi muda terutamanya dalam penggunaan bahasa.  PakNil memberi cadangan menerapkan amalan membaca buku (bukannya internet!!) agar anak-anak kita dapat membezakan penggunaan bahasa yang betul dengan 'sampah'.  NJ setuju sangat-sangat, bak kata PakNil, hanya dengan cara itu kita dapat mengawal semarak api bahasa internet yang longgar yang mana akhirnya akan membakar keperibadian anak kita.  Mahukah kita melihat generasi akan datang bertukar menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan kurang ajar?  Mahukah kita meninggalkan legasi buruk dan diingati sebagai 'pencetus' budaya merapu selepas kita tiada di dunia ini nanti?  Aku pikirlah sendiri.....

Sekitar perasmian Kempen Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana di Tasik Shah Alam pada 26 Jun lepas yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah.  Sultan Selangor menasihati rakyat supaya tidak hanya bersungguh-sungguh ketika kempen membaca diadakan tetapi perlu disematkan di jiwa untuk mencari ilmu dengan membaca sepanjang hayat. Baginda juga berhasrat melihat rakyat terus berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan yang tinggi serta menggunakannya untuk kebaikan diri sendiri dan kesejahteraan rakyat dan bukan disalahgunakan untuk memusnahkan masyarakat serta merosakkan bangsa dan negara.

"Kita boleh bersatu dengan ilmu, berada dalam aman dan boleh melakukan sesuatu demi kebaikan kepada rakyat", memetik kata-kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut berucap pada majlis yang sama

Seramai 14,718 peserta terdiri daripada pelajar, pemimpin masyarakat, organisasi kerajaan dan orang awam menyertai program bersantai sambil membaca buku secara serentak di sekitar Taman Tasik di sini selama sejam dan program itu turut mendapat pengiktirafan sebagai Largest Outdoor Reading Event in Malaysia daripada Malaysia Book of Records.

Eh, peliklah pulak program sebesar ini tidak mendapat liputan meluas?  Kenapa yer???.....

Untuk pengetahuan semua, Pesta Buku Negeri Selangor 2010 berlangsung selama 11 hari bermula 25 Jun di Kompleks PKNS Shah Alam yang bertemakan 'Jom Membaca di mana-mana'.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'Membaca adalah Ubat untuk Jiwa'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails