Pages

Wednesday, June 09, 2010

FSSR revisited

Bawa students pergi melawat Fakulti Seni Lukis & Seni Reka di UiTM Shah Alam sekali lagi. Sempat ke Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah tapi tak banyak yang dapat dilihat sebab masih dalam peringkat kemaskini bahan pameran. Teruja sungguh tengok karya-karya pelajar-pelajar tahun akhir ni, harapnya dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar yg NJ bawa hari tu...




















Karya Anisa Abdullah dari Jabatan Seni Halus, adakah menggunakan warna air, akrilik atau warna minyak? Sila teka. NJ dapat rasakan Anisa akan menjadi artis terkenal suatu masa nanti, itupun jika diteruskan usahanya dalam bidang ni.





Ke bengkel seramik yang telah lamaaaaaaaa ditinggalkan, masih tidak berubah, walau ada sedikit penambahbaikan.








Sedihnya lihat tempat melepak dulu dah ditutup bangunan yang menyesakkan nafas dan mata, ahh, mungkin itulah pengorbanan untuk maju ke hadapan...



Students tak percaya NJ pernah memanjat bukit ni untuk jalan pintas ke studio di atas sana.

Hei, inilah buktinya :)

3 comments:

FAWA said...

itu bukan ker tangga dekat belakang studio IDE? segalanya mungkin kan. mereka x percaya masa kita muda...semua lurah di FSSR kita daki...h hu

Light said...

hehehe...kak Raha, saya pun jadi teringat zaman saya kecik2 dulu slaaaalu gi jumpa akak dgn (ahem) boyfren akak yang juga saya kenal tu, hehehe...tapi sy cuma ingat hostel akak dgn kedai makan kat bawah tu je...memories :)

NJ@goboklama said...

Fawa, gitula kan? Indahnya kenangan.... ;D

Light, boipren akak? Yg mana satu? Ooooppsss, ahaksss... Kenanga Inn dh mnjadi sejarah, last sekali akak tengok, dh ada bangunan lain kat situ.. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails