Pages

Friday, June 04, 2010

Kebab

Eyy, rasa macam nak makan kebab aje hari ni, "Yang, jom lunch kebab....."

Kami ke shopping complex berhampiran, pegi kat kedai Kyros Kebab dan order kebab yang diidamkan. Sampai aje kebab yang dipesan, NJ pun makanlah dengan penuh perasaan. "Eh Yang, kenapa rasa lain ek kebab ni?"

"Makan aje lah, nak order satu untuk Arif tak?"

NJ pun tinggalkan kebab yang separuh dimakan, terus ke kaunter untuk tapau satu kebab ayam. "Kak, ayam dah habis lah, tinggal daging aje". Decided not to order, balik ke meja, sambung makan.

Sambil mengunyah sambil belek-belek kebab, "Yang, dia kata ayam dah abis, bistu, yg saya makan ni apa ek?", "Yang, ini daging kan?", "haaah, konfem daging!!"

My hubby made the 'Oh-No-Not-Again' face...

NJ terus bawa kebab ke kaunter, "Dik, ini daging ke ayam? Daging kan? Tengok label kat belakang ni tanda Ayam tapi kenapa isinya Daging? Kalau orang yang tak makan daging macam mana?" NJ laser dengan muka pahit kelat masam. Mula-mula diorang nak mempertahankan diri tapi bila NJ tunjuk bukti barulah mereka diam. NJ balik ke meja, dah tak selera nak makan. Tiba-tiba budak tu datang bawa kebab ayam (cek kat umah) bagi NJ, for FREE!! Eh, ada plak ayam?? Ish, konpius, konpius...... Tak apalah, rezeki Arif nak makan kebab hari tu.

Yeah, finally I won something that day! Selalunya mulut NJ aje yang bising, hasilnya tak dapat. Hubby NJ tu jenis orang yang tak banyak kisah, lambat-tunggu, servis tak bagus-tak apa, tapi NJ paling tak suka kalau bab-bab makan yang kita keluarkan duit, hasilnya tak memuaskan. So, kalau ada sesiapa ternampak sorang makcik buat bising kat restoran/kedai makan, tengok dua kali, mungkin itu NJ, wahahahaha!!!.....

Yeayyy to Customers Rights!!

3 comments:

aNIe said...

NJ...selalunya akak macam suami NJ lah...senyap je...diam je...lambat pun senyap...salah pun...takpelah...hehehe

NJ@goboklama said...

kak Anie sangat sweet & baik hati :D

Light said...

laaaaa....ingatkan my MUM je macam tu :D tapi kan, dunia sebenarnya memerlukan orang2 seperti akak dgn mak sy. Kalau la harapkan org2 gentleman dan gentleladies macam abg azizan, my dad dgn myself ni, alahai...tak maju la sesuatu perniagaan tu sbb kitorang tak complain :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails