Pages

Monday, June 07, 2010

Kepulangan...


Alhamdulillah setelah ditahan pihak berkuasa Israel, 12 sukarelawan Malaysia termasuk dua wakil media telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air. Setelah mendengar cerita mereka, sungguh tak dapat dibayangkan bagaimana kesulitan, ketegangan dan perasaan yang mereka alami semasa serangan maut tidak berperikemanusiaan Israel ke atas kapal Mavi Marmara membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tersentuh hati bila mereka mengatakan bahawa itu semua tidak seberapa jika dibandingkan dengan penderitaan yang dilalui penduduk Gaza dan rakyat Palestin bertahun-tahun lamanya dan mereka sebenarnya telah mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku semasa mendaftarkan diri menyertai misi tersebut, subhanallah...

Masih ada enam sukarelawan lagi di dalam kapal Rachel Corrie yang meneruskan misi ke Gaza, marilah sama-sama kita berdoa agar mereka selamat pulang ke tanahair kelak dan juga berdoa agar kekejaman Israel laknatullah dapat dihentikan. Kita tidak akan berputus asa berdoa dan menaruh harapan agar suatu hari nanti Palestin akan dibebaskan dari penderitaan yang berterusan, insyaAllah...



*****************************************************************


Semalam, kami ke Kaka Handmade Art Market yang diadakan di Shaw Parade, Jln.Changkat Thambi DOllah, KL. Student NJ ada ambil bahagian jual barang, NJ pi jenguk-jenguk mereka lah. Seronok dikelilingi orang muda yang kreatif dan pandai cari duit nih, buatkan kita bersemangat juga. Tapi sayang, tempatnya kecil sangat, orangnya ramai, harus dilangsungkan di tempat yang lebih besar pada masa akan datang.


















2 comments:

WanHidayat said...

Alhamdulillah.....semoga ummat Islam di Palestin dan di Gaza sentiasa dibawah lindungan Allah....

NJ@goboklama said...

wanhidayat,insyaAllah,aminnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails