Pages

Thursday, July 08, 2010

Bohey Dulang, Maiga dan Sibuan


















Hari ketiga, dalam perjalanan ke pulau-pulau.  Ya, kami tidak tinggal di pulau, kami tinggal di Hotel Seafest, Semporna saja memandangkan tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan pada malam hari jika tinggal di pulau.  Kebas juga punggung dua hari naik bot yang tempat duduknya tidak ber'padded', hihih... Hotel Seafest paling convenient kerana berdekatan jeti-jeti.  Dulu pernah tinggal di Dragon Inn tapi tak berapa suka dengan kemudahan yg disediakan, harap tempat aje cantik. Hargapun lagi mahal....


Dalam perjalanan, cuaca tak menentu, terserempak juga dengan hujan yang turun tak sekata, ombak pun jadi kasar, ooh my bum...




















Lepas hujan nampak pelangi, subhanallah cantiknya......
















Pulau Bohey Dulang, tempat kami mendaftar sebagai pelancong, hihih....  Rupa-rupanya sekarang kalau nak ke pulau-pulau yang diwartakan di bawah Taman Marin Tun Sakaran yang merangkumi Pulau Bodgaya, Pulau Boheydulang, Pulau Tetagan, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan dan Pulau Sebangkat, kita haruslah mendaftar dulu.  Pi Mabul tak perlu daftar, tapi kalau nak ke Sipadan memang kena daftar, at least 3 months prior, kalau tak, tak dapat masukla korang sebab permit masuk setiap hari adalah terhad.


Rumah-rumah comel atas air di pulau Maiga

Tandas mereka, berani masuk?

Dua tahun lepas hanya ada 3 buah rumah di sini, sekarang ada lebih kurang 15 buah rumah dan sayangnya mereka tak tahu jaga kebersihan, lihatlah sampah yang merata atas tanah tu, bila angin kuat, ditiup ke laut, ah bayangkan apa jadi pada masa akan datang jika tiada usaha dilakukan untuk membendung pembuangan sampah-sarap yang semakin tenat NJ lihat di sini dan di mana-mana pulau di Semporna.  Semporna apatah lagi......cuba jengah ke pasarnya yang terletak di jeti utama, sedih.....

Pulau Sibuan yang kurindu....

Tiada orang lain kecuali kami berenam, askar bertugas, orang pulau dan divers yang dah terjun ke dasar laut.


Kanak-kanak pulau yang tidak melepaskan peluang menunggu sesiapa saja yang datang ke sini, meminta simpati dan makanan yang kami bawa.  Mereka tidak lihat barang berharga, mereka cuma teruja melihat makanan sampai kami pun tak sampai hati makan bekalan yang dibawa.  Sesiapa yang datang ke sini, silalah bawa makanan lebih untuk mereka, kasihan....

Perahu yang kami naiki dua tahun lepas, kali ni tak berjaya kerana penambahan berat, eheh... Arif tenggelam dalam tiga kali cubaan, cuba tengok budak baju pink tu, sambil dukung adik pun bole mendayung lagi, wahahah!

Diver's wall (tatau nama, eheh), kami pun ikut snorkel di sini, dekat aje dengan pantai tapi boleh nampak coral sebesar kereta, cantik!


Masa untuk pulang, insyaAllah jumpa lagi tahun hadapan....

5 comments:

.:HalogAmora:. said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh....bestnyeeeeeeeeeeeeeee!!! perfect weather, nice place to be. what's the budget like and also the travel arrangment. pls do share w us. thx.

aNIe said...

NJ...cantik sungguh pemandangannya...

Mesti terasa puas dpt bercuti di tempat tersebut...

NJ@goboklama said...

Halogamora,your email plizzzzz! ;D

Kak Anie, tak puas, rasa nk dok lama lagi :D

.:HalogAmora:. said...

here it is!
aadillah@gmail.com

framichele said...

Thank you for that nice pictures - I am sorry, that I cannot understand your language.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails