Pages

Tuesday, July 20, 2010

Durian


















NJ bukan hantu durian. Paling banyak makan pun hanyalah 5 ulas, itupun terus demam.  Tapi, NJ teringin saaaaangaaaat nak makan durian kuning (apa nama glamernya ye?) yang kalernya sama macam di atas tu.  Ceritanya begini, beberapa tahun yang lepas, dalam perjalanan ke Kelantan, NJ singgah di Grik berhenti rehat dan makan tengahari.  Tiba-tiba masuk seorang lelaki membawa sebiji durian.  Lalu dibukanya dan nah!  Terserlah warna kuning oren isi durian tu yang sangat mengujakan perasaan sesiapa saja yang melihatnya.  Lalu dengan bangganya dia makan seulas demi seulas tanpa memperdulikan sesiapa yang melihatnya.  Menitikler air liur kami masa tu.  Bila ditanya di mana dia mendapatkan durian tu, dia hanya tersenyum, haruskah???.....

Lalu NJ berkata pada hubby, dia mesti mendapatkan durian yang sama untuk NJ rasa suatu hari nanti, namun bulan berganti tahun, durian yang dicari masih tidak ditemui.  Atas faktor apakah durian ini sukar ditemui?  Wahai kawan-kawanku yang disayangi, bolehkah tolong inform NJ akan kewujudan durian ini jika bertemunya di mana-mana?  NJ akan pergi ambil hatta di Indera Kayangan juga.  Pehliissss.....

* FYI, ini bukan permintaan seseorang yang preggie ye, hikhik....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails