Pages

Saturday, July 24, 2010

Melaka Bandaraya Warisan Dunia

Minggu lepas ke Melaka menghantar adik ipar yang posting ke sekolah cina di sana.  Sementara menunggu dia membereskan apa-apa yang patut, kami pun terpaksalah membunuh masa dengan melawat bandar
bersejarah ni.  Cuaca pun elok-elok mendung tapi tak hujan, seronokle sket nak berjalan....

Sempat juga naik river cruise, dengan bayaran RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak, korang bole lepak-lepak dalam bot selama 45 minit makan angin sambil melihat-lihat tempat yang boleh dilawati seterusnya.  Mat dan minah saleh ramai juga aritu tapi the most interesting part for them was upon seeing.....


this!!!!  Oh masing-masing berdiri ambik kamera dan snap-snap sampai boatman pun terpaksa perlahankan bot untuk bagi mereka peluang ambil gambar.  Laaa.... yang lain tu tak cukup menarik perhatian kot?.... Mungkin pasni, boleh cadangkan letak monyet, buaya dan binatang-binatang eksotik lain kat sepanjang sungai bagi pelancong eksaited sket?  Tapi orang Melaka kata kalau naik waktu malam, lebih menarik, hmmmmmm......
























Rupanya Banda Hilir dah banyak berubah, rasanya baru 3 tahun lepas NJ ke sini, pesatnya membangun, banyak yang dah roboh dan banyak pula bangunan baru yang dibina.  Jenuh juga nak cari A'Famosa, jumpa gak akhirnya terselit dilindungi bangunan-bangunan moden di sekelilingnya, kesian...... Teringat satu masa dulu akan gahnya A'Famosa berdiri, inikah harga yang perlu dibayar untuk pembangunan?  Tapi ada juga yang menariknya cerita di sebalik 'pembikinan' Banda Hilir baru.  Dikatakan terdapat terowong rahsia peninggalan penjajah yang ditemui yang akan membawa kepada penemuan-penemuan baru bersejarah, ah, yang ini NJ rasa teruja dan tak sabar nak tunggu apa hasilnya....


Melaka, aku pasti datang lagi....

2 comments:

Kak Anie said...

NJ..akak lom naik river cruise tu lagik...orang kata malam pemandangannya bermandi cahaya lebih2 lagi di sepanjang sungai di Kampung Baru/Morten...

NJ@goboklama said...

Kak Anie, Kg.Morten tu cantik! Nnti nk melawat lagi :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails