Pages

Friday, July 16, 2010

Santau

Baru berkesempatan melihat filem Santau yang ditayangkan di Astro (ABO).  Dah lama tak tengok filem melayu yang berjaya meremangkan bulu roma NJ dan filem ini dikira berjaya mewujudkan perasaan seram, kecuali hantu yang divisualkan secara jelas yang pada NJ sangat kelakar lah, heheh...  Keseluruhannya boleh dikatakan agak baik terutamanya lakonan Puteri Mardiana Zainal Abidin sebagai Nina, isteri kepada Halim lakonan Esma Daniel yang menjadi mangsa hasad dengki seorang jirannya yang 'jaki' melihat kebahagiaan dan kejayaannya.  Puteri Mardiana juga pernah berlakon sebagai Jasmin, isteri/bekas isteri Dani dalam drama bersiri Adamaya yang ditayangkan baru-baru ini.  Untuk seorang pelakon melakonkan watak wanita yang dirasuk hingga terpaksa makan benda-benda kotor seperti campuran telur mentah dan ulat hidup adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan Puteri Mardiana berjaya melakonkannya dengan sangat berkesan.  Dia boleh cakap makan ulat tu rasa macam makan kacang?  Huuuuiiiiii, tabik spring lah!!

Bila tengok babak akhir filem Santau tu, teringat pula kisah seram yang pernah NJ alami suatu masa dulu, bezanya suara kakak NJ yang dirasuk tu bertukar garau menjadi suara lelaki.  Baru-baru ni, ketika NJ dan keluarga sedang bercerita kisah-kisah seram, NJ telah diingatkan tentang beberapa kisah yang dialami NJ sendiri sebelum berkahwin dulu, masa darah masih manis, masa semangat masih lemah, masa ilmu di dada belum cukup dan masa belum ada peneman di malam hari...  Peliknya, NJ langsung tak mengingati apa yang terjadi, hanya setelah diceritakan kembali, barulah NJ boleh mengimbas semula setiap kisah yang berlaku itu...

Kisah 1 - Toyol
NJ ada beberapa kali ke rumah abang dan bermalam di rumahnya.  Suatu hari, abang NJ bertugas malam dan NJ temankan akak ipar tidur dengannya di bilik.  Lepas tengah malam, akak ipar NJ rasa tangan NJ berada atas badannya dan mengganggu tidurnya.  Lalu dia pun mengangkat tangan NJ dengan perlahan dan meletak ke bawah.  Sekejap lagi dia rasa tangan NJ jatuh semula ke badannya dan melakukan yang sama, meletakkan semula tangan NJ ke bawah.  Selepas kali ketiga, akak ipar dah rasa tak sedap hati lalu mengintai apa yang sebenarnya berlaku.  Dia nampak bayangan seperti budak kecil kepala botak ambil tangan NJ dan perlahan-lahan meletakkannya ke atas badan akak ipar.  Cepat-cepat akak ipar buka lampu dan baca ayat Quran.  NJ lena sampai pagi tak sedar langsung apa yang berlaku.  Toyol tu nak main-main dengan NJ kot?  hihih......

Kisah 2 - Jalan-jalan di pantai
Ini berlaku di Mengabang Telipot, Trengganu.  Rumah kampung abang ipar NJ berdekatan dengan pantai dan selalulah NJ ke pantai, selalunya bertemankan adik-adik abang iparku itu.  Suatu petang, lepas bermain-main di pantai, mereka mengajak NJ pulang tapi NJ berkeras tak mau dan berjanji akan menyusul secepat mungkin.  NJ tak ingat apa yang berlaku tapi mereka cerita, NJ tak balik-balik dan hanya ditemui 5 km dari tempat asal, sedang merayau-rayau di tepi pantai, waktu Maghrib.  Aiiikkk, setan mana yang nak main-main dengan NJ nih?  hihih......

Kisah 3 - Cengkaman
Masa ni nenek NJ sebelah mak meninggal.  Malam tu lepas kenduri arwah kami pun tidur bersepah-sepah kat mana-mana ruang yang ada.  NJ mimpi ada seorang perempuan cantik rambut panjang mengurai tidur di sebelah NJ.  Mula-mula ok saja, tiba-tiba dia peluk NJ dan bertukar rupa jadi hodoh dan kukunya yang panjang tu mencengkam sisi tubuh NJ, rasa sakit itu sungguh 'real' dan NJ terkaku badan dan terkunci mulut bila nak membaca ayat Quran.  Akhirnya berjaya juga NJ tuturkan bismillah dan perlahan-lahan cengkaman dilepaskan, NJ terbangun berpeluh-peluh dan rasa sakit tu masih ada. Tak berani nak tengok sebab gelap, nasiblah tak ada apa-apa bekas yang tinggal keesokan harinya.  Isshhh, setan mana pulak yang suka sangat kat NJ nih? hihih....

Apakah pengalaman seram anda?

1 comment:

"MULAN" said...

oh tidak... tak mungkin ku nonton cerita seram begitu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails