Pages

Thursday, July 01, 2010

Sayap kapalterbang ini...

"Mama, mama, kenapa kapalterbang yang kita naik semua sayapnya ada warna merah ek?"

"Ekleh, lagi nak tanya?"  Macam tak tau yang kita ni budget traveller? Without AirAsia, we possibly cannot fly, remember? Mama dah bagi peluang naik kapalterbang lain aritu pun Arif kata tak suka pulak, lagi best AirAsia lah, hah, nok gapo lagi?"

Gitulah gamaknya pengalaman terbang ku bersama-sama Arif, setiap kali berkesempatan, dia mesti nak amik gambar sayap kapalterbang.  Tidak hairanlah kalau kami selalu berjalan kerana kami selalu dapat tambang murah, murah yang amat sangat sampai percutian domestik jika dikira perbelanjaannya adalah lebih mahal daripada perbelanjaan ke tempat-tempat yang kami pergi.  Kami suka bawa Arif berjalan ke tempat orang, untuk dia buka mata dan minda, merasai pengalaman hidup di tempat asing.  Harapan kami, bolehlah dia guna pengalaman dan pengetahuan yang dia dapat untuk meneruskan perjalanan hidup dia nanti.  Bukan mudah untuk mendedahkan dia kepada pengalaman hidup yang serba mencabar ini, jika tiada 'AKAR' bagaimana pula kita hendak memberikan 'SAYAP' untuk dia terbang?






'And that's the wonderful thing about family travel: it provides you with experiences that will remain locked forever in the scar tissue of your mind.'   ~ Dave Barry

1 comment:

.:HalogAmora:. said...

jauh b'jln. luas pandangan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails