Pages

Sunday, July 11, 2010

Semporna

















Dragon Inn revisited. 

Nak ke Semporna?  Dari airport Tawau, naik aje teksi dari sana, RM95 untuk 4 orang.  Kalau group ramai, silalah hubungi pengusaha-pengusaha travel and tour di Semporna untuk menguruskan pengangkutan.  Rajin-rajinlah gugel, segala maklumat di hujung jari anda.  Perjalanan mengambil masa 1 jam.  Jika hendak ke Tawau, dari airport ambil masa 30/40 minit dan harganya RM35 untuk 1 teksi.  Dari terminal bas Tawau juga boleh naik mini van ke Semporna, harganya RM10 seorang, satu van muat 10 orang.  Kalau ke Tawau, jangan lupa ke Pasar Tanjung beli amplang, rumpai laut kering dan makanan laut yang murah sebagai ole-ole ye!

Di pasar Semporna, kononnya nak bagi buku warna dan pensel warna ke budak-budak ni, tiba-tiba daripada 5 orang terus jadi satu kumpulan besar, ngeri gak dikerumun, rasa cam artis lak, eheh... yang lucunya, yang dewasa pun sama naik!  Nasib baik ada bodyguard.

Kesian si buntal, comel-comel pun jadi santapan orang...

Sekilo RM300, beli sikit bagi kawan-kawan berbangsa Cina, mereka suka makan.



Bad pic, tak nampak kemeriahan dan kesedapannya.  Macam-macam ikan ado, tapi ikan yang kurindu dah tak ada, bukan musim kot?  Eh, sekarang kalau nak makan di sini dah ada sup laaarr.... dan terjumpa nama ikan pelik, Ikan Bukan?

Ah, ini yang paling sedey, pemandangan di belakang kawasan menjual ikan bakar tadi, uiikkksss....



Wah, amoi ni borong perhiasan mutiara tau!  Jangan lupa pergi ke kedai ni, Sihun Handicraft, Bangunan Prima, bersebelahan aje dengan Milimewa Super Store.  Ingat muka akak tu, suaminya Hj.Salim.


Arif dan ikan-ikan


Wajah-wajah Semporna, sederhana dan tidak sempurna, namun itu yang kurindu....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails