Pages

Thursday, August 05, 2010

Goboklama di Jakarta-Bandung

JAKARTA-BANDUNG 2010

Tak ada, memang tak jumpa Sirap Bandung kat Bandung, heheheh...


Minggu lepas ke Jakarta lagi, kali ni nak berjalan ke Bandung pula. Sesampainya di Jakarta pukul 8 pagi, terus ke ruang menunggu untuk mengambil teksi. Entah mengapa pelan asal mahu mengambil teksi Bluebird telah berjaya dipatahkan oleh agen-agen transportasi lalu kami terpaksa bayar lebih (Rp190,000.00) untuk sebuah Innova walhal yang naik hanya kami bertiga sahaja. Sampai di Stasiun Gambir terus beli tiket KA (kereta api) Eksekutif Rp50,000.00/pax ke Bandung, yang bagusnya KA jam 9.15 pagi tak bertolak lagi, terus bergegas kejar, dapat naik, jimat 2 jam menunggu KA seterusnya.



Ringkasan Perjalanan:
Jam pertama: Wah, soooooooo......eksaited!!!
Jam kedua: Kroh, krahhh... tidooooooo......
Jam ketiga dan seterusnya: Aaarghhhhh......bila nak sampai ni!!!


















Perjalanan 3 jam ½ itu sememangnya menerbitkan pelbagai macam emosi, pemandangannya memang cantik terutamanya bila melihat kawasan sawah bukit dan lembah ngarai yang sangat dalam lalu terbayangkan KA tu terbalik dalam gaung, wah, terujanya!!! :p

Akhirnya sampai jua ke Stasiun Bandung. Buta-buta ikut prarasa dan menuju ke Pintu Selatan, keluar saja dah ramai yang menawarkan teksi untuk menuju ke tempat tujuan. NJ, ikut prarasa juga telah memilih Pak Heri yang menawarkan menghantar kami ke Royal Dago dengan bayaran Rp50,000.00. Well, well, well.... Royal Dago tidak seperti yang digambarkan, kami booking 2 malam di sana dan end up paying Rp500,000.00/room/day untuk bilik standard dan extra bed yang sekangkang kera pun tak sampai. Dengan harga yang sama, korang boleh dapat bilik hotel yang jauh lebih baik di Bandung. To cut it short, Royal Dago has seen better days. Hubby hated it, so much so we changed our plan, check-out the next day dan rancang bermalam di Jakarta saja untuk malam seterusnya.

Pepagi lagi dah check-out , Pak Heri dah tunggu untuk bawa kami jenjalan shopping Bandung dengan bayaran Rp400,000.00/day, kami upah dia terus hantar kami ke Jakarta setelah habis shopping nanti dengan bayaran Rp600,000.00.
















Ringkasan Beli-belah:
F.O, F.O dan F.O: Untuk orang yang bukannya giler branded item macam NJ ni, memang okay-okay sajalah, takdelah happening sangat pada NJ tapi pening juga tengok orang naik gila membeli-belah di outlet-outlet ni, dan Arif cakap, “Ma, macam kat Malaysia je, mana-mana pergi pun jumpa orang Malaysia” heheheh....






















Rumah Mode: Branded quality items, dapat dipastikan di sini.

Toko Tiga: Jeans, jeans and more jeans....

Pasar Baru: Ala-ala Tenabang di Jakarta, sehari tak habis jalan.

Toko Happening: Tak happening sungguh, bayangkan aje kami berjalan dari Royal Dago ke sini, sampai-sampai tak jumpa barang yang dicari, isinya lebih kurang sama aje dengan F.O yang lain.

Donatello: Khusus kasut kulit & other materials tapi yang berkualiti.

PVJ Mall: Alaaaa...... tak sempat pergi..

















Cibaduyut: Pak Heri menawarkan membawa kami ke sini, pada pendapat NJ; not worth going laaahh.... Dahle ambil masa ke sana, macetnya lagi, sampai-sampai, hmmmpphhh...... Tapi on the way back, kami lalu Jalan Braga, peminat seni, silalah ke sini.
Sesiapa yang nak jalan-jalan ke Bandung, silalah sewa kereta/van harian siap dengan supir yang boleh bawa kita ke mana-mana, siapa cakap nak ke satu-satu tempat tu dekat aje, tipuuuu, NJ dah pergi dan takde maknanya dekat, jauh ade lerrrr... Lagi satu, kalau ada kereta, senang nak sumbat barang belian, bayangkan aje kami yang bertiga ni aje dah penuh belakang Avanza, kalau kumpulan ramai gimana ya?



Ringkasan Makan-makan:






















Ngga usah riso mbak, makanannya lumayan deh di sini, masakan asli Bandung ada, Padang ada, Sunda, Minang, western pun ada. NJ dah cuba satenya (kuah kacang dan kicap = pelik), ikan gurame bakar asap (sedap!), sup bontot (sup ekor daaa..), pisang bolen keju (tak happening pun?), keropok kulit sapi (bak kata akak long ku, macam gigit lembu hidup jer...), martabak masin (bole tahan) dan lain-lain.

Kartika Sari: Mak oiiii, ramainya orang beli kueh kat sini, kalaulah ada satu outlet kat Malaysia ni, harus kaya tokei tu. Brownie kukusnya sedap tapi betul ke ramuannya ditambah 'rum'? Sesiapa ada penjelasan?

Tempat-tempat lain di Bandung? Tak sempat pergi, maybe next time, insyaAllah...

Pukul 6 petang, lepas habis shopping dan poketpun menipis, kami meneruskan perjalanan ke Jakarta. Jauh juga, ambil masa yang sama 3 jam ½ sebab macet bila nak sampai Jakarta. Kali ni kami booking di Travellers Hotel (berdekatan Mangga Dua) untuk 2 malam dengan bayaran Rp420,000.00/room/day, dapat bilik berganda besar dari di Royal Dago, tsk,tsk,tsk....itulah namanya pengalaman kan?... Jauh lebih selesa di sini, nak ke mana-mana pun senang, keluar hotel dah ada Bluebird menanti.






















Esoknya seperti biasa meneruskan aktiviti shopping (lagiii??) di Tenabang.  Tak sangka terjumpa blogger Malaysia Monas2Petronas di sana.  Malu nak tegur, nanti dia cakap makcik mana lah ni sibuk-sibuk nak ngobrol dengan dia, kihkih.... Seterusnya ke Mangga Dua dan destinasi akhir, massage di Mangga Dua Square. Balik hotel dah malam, packing-packing dan tidooo...

Pepagi lagi dah check-out hotel, amik teksi ke airport (Rp90,000.00), bekfes dulu sebelum check-in. Dah selesai, NJ rasa tak sedap hati, rasa macam terawang-awang aje.....Sempat juga shopping subinier di sepanjang jalan menuju ke departure gate. Bila serahkan boarding pass, baru terperasan luggage sticker NJ disalah letak sticker, ke Singapura ko!! Patutla NJ rasa lain macam. Cepat-cepat lari balik ke kaunter, sampai bukak kasut (sakit kaki dan nak cepat), bising-bising kat kaunter suruh dia carik balik beg-beg NJ (nak aje marah staff tu, nasib baik NJ ni baik hati), pastikan dia dah dapat cari, tukar sticker baru, lari balik ke departure gate, pheeewww!!!... Nak pecah rasanya jantung NJ tau! Masa ni sampai landing pun rasa tak tentu arah lagi, takut-takut tak dapat berjumpa dengan beg-beg kesayanganku itu setibanya di Malaysia. Alhamdulillah bila sampai, bagasiku berjaya ditemukan semula denganku...

Walaupun ada pengalaman pahit dengan Airasia, kami tetap setia bersamanya, maklumlah, budget traveller kan??  Kali ni pun kami seperti biasa naik Airasia, pesan NJ; belilah bagasi lebih (20kg or more) kalau dah tau nak bershopping kan? Banyak kali NJ tengok orang terpaksa bayar berganda untuk berat lebih bagasi, padanlah banyak syarikat penerbangan dapat untung untuk yuran lebihan bagasi saja. Kesian kat akak-akak dan makcik-makcik yang terperanjat bila dapat tau kena bayar lebih.... NJ pulak 'ter'bayar lebih (90kg) untuk bagasi yang tak sampai pun 70kg, kihkihkih... Rasa macam nak patah balik, shopping lagi dan tambah berat sampai cukup 90kg, wahahaha!!...

*Tengah cek jadual tahun depan ni, KL-Pekan Baru, KL-Bali, KL-Korea, KL-Tawau, mana lagi ek?  Mak dah membebel nih, tiket umrah dah beli ke belum? teeheehee....

*Semoga perjalanan Mak ke Mekah menunaikan umrah dipermudahkan dan semoga dia dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa seterusnya dapat menunaikan ibadah dengan selesa dan sempurna, amiinnn...Mak bertolak esok...

3 comments:

aNIe said...

Semoga perjalanan mak NJ dipermudahkan ...ameen...

Seronok membaca carta perjalanan dan shopping mopping Nj di Bandung...heheheh

NJ@goboklama said...

tenchiu kak Anie :D

en_me said...

sonoknyerr gi bandung.. uhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails