Pages

Wednesday, September 29, 2010

Organic Lifestyle

Sekarang dah ramai yang mengamalkan kehidupan sihat, apatah lagi bila terkenangkan kebanyakan makanan yang dimakan diluar tidak terjamin kebersihan, keaslian dan ke'halal'annya.  Dah banyak kedai-kedai organik yang dibuka terutamanya di Lembah Kelang yang membolehkan kita membeli-belah bahan-bahan mentah organik untuk dimasak sendiri.  NJ selalu ke satu kedai organik di Kajang (sebab dekat dengan tempat kerja) kerana konsep kedainya yang bersekali dengan kafe yang menyediakan makanan organik (vegetarian), banyak pilihan dan ruang atur kedai yang selesa.  Sudah maklum akan harganya, pasti lebih mahal daripada harga bahan biasa kita beli di mana-mana, anggaplah sahaja apa yang kita selalu makan selama ni bukannya makanan yang sepatutnya kita makan (processed food & chemically polluted), oleh itu, makanan asli dan tulen (organik) tentulah lebih mahal harganya. 

Kalau nak berurut pun boleh (kedai orang lain di atas)









Kemas dan teratur


Mr.Yap yang sedia membantu

Ruang membaca dan melihat video berkaitan organic lifestyle
Sayur-sayuran dan buah-buahan pun ada, rupanya kurang
molek sebab bukan menggunakan baja kimia
Ruang kafe yang menyediakan pilihan makanan yang sedap-sedap
dan terjamin sihat.  Menunya berubah mengikut hari






















Ok, ini kedainya:

Purelife Organic
No.7, Jalan 1, Taman Desa Billion,
Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor.
(opposite Petronas Station)

Tuesday - Sunday (7am - 4pm)
Close on Monday

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails