Pages

Tuesday, October 12, 2010

Masam-masam Cuka...

Bukan, bukan cuka 'artificial' yang selalu kita beli & guna untuk memasak tu, tapi cuka 100% asli bahan-bahan semulajadi.  NJ diperkenalkan akan kebaikan cuka ni oleh seorang kawan berbangsa cina yang sentiasa kekal langsing dan mahu tampil menawan sehingga usia tua, katanya...  Jadi, NJ pun buatlah kajian sendiri dan dipertemukan dengan produk cuka berkhasiat dari Taiwan yang terkenal lantas tertarik pula untuk mencubanya.  Bukan saja ia baik untuk kesihatan tubuh badan, tapi juga baik untuk mereka yang ingin menurunkan sedikit (read: sedikit saja), berat badan ke tahap ideal. 

NJ seperti juga kebanyakan rakyat Malaysia lain yang kurang menitikberatkan pemakanan sihat dan seimbang.  Sedikit-sebanyak ianya telah mempengaruhi tahap kesihatan, dan muncullah tanda-tanda yang menampakkan bahawasanya tubuh kita ni dah tak berapa sihat jika dibandingkan dengan waktu muda dulu.  Maka, dengan adanya pengaruh media yang besar, NJ juga tak lepas dari terpengaruh dengan lambakan produk-produk kesihatan yang menggoda dan mencuit kita agar membeli dan mencubanya.

Di samping minum cuka yang siap-sedia diperam, NJ juga ada membuat cuka sendiri dengan menggunakan cuka beras perang (non-alcohol).  Cuka limau kasturi katanya berfungsi untuk menambah tenaga, memperbaiki sistem perkumuhan, mengurangkan batuk-batuk, mencegah gusi berdarah dan menambah seri muka. *wink,wink*
Cuka lobak merah pula boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, memperbaiki tahap penglihatan, menambah keserian rambut dan kulit, mengurangkan sembelit, memperbaiki imunisasi tubuh, mencegah jangkitan virus dan tumor.

Setiap produk ada kebaikan dan juga keberkesanan yang bergantung pada penerimaan tubuh seseorang.  Jadi, tak salah jika kita berikhtiar kan?

2 comments:

Anonymous said...

jgn minum cuka banyak banyak cepat reput tulang decalcify - osteo

NJ@Goboklama said...

tak banyak, sket ajerrr, hihi... ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails