Pages

Tuesday, November 09, 2010

Kucing Keracunan

Ingat lagi entry ini?



















Masa tu Latte demam, tapi lepas beberapa lama, dia sembuh.  Tapi semalam, dia mati, keracunan, tak tau apa puncanya, saaadddd......

NJ ke Kelantan untuk beberapa hari dan dia ditinggalkan bersama-sama Snow White (anak kucing angkat yang baru) dalam jagaan anak saudaraku Pi.  Tiba-tiba dua hari yang lepas Pi telefon mengatakan Snow White koma tak bergerak-gerak.  NJ dah suruh dia asingkan segera.  Snow White masih bertahan sampai NJ balik semalam, tapi Latte dah nyawa-nyawa ikan...

Cepat-cepat NJ selimutkan dia dan bercadang nak bawa ke Vet dengan segera tapi dia makin nazak dan akhirnya lepas muntah darah, dia jerit dan terus putus nyawa..... Snow White pula mengalami kekejangan/sawan setiap 3 minit, dan masih bertahan hingga pagi ni, tapi dia dah buta......

Ya Allah, sedihnya kami tak dapat nak cakap, NJ dan Arif nangis sampai bengkak-bengkak mata.  Walaupun hanya seekor kucing, tapi bila dah lama, Latte dah dianggap macam sebahagian daripada keluarga kami.  NJ kini dapat rasa perasaan sesiapa yang kehilangan orang tersayang, yang diambil sekelip mata, mati pula depan mata kita, Ya Allah, perasaan itu.......tak dapat digambarkan...

NJ kuburkan Latte di halaman rumah, semalam mimpi, dia masih hidup lagi.....

Hari ni, balik kerja nanti, ngiauan Latte dah tak ada, rumahku sepi lagi....

2 comments:

"MULAN" said...

laa... kesian..

NJ@Goboklama said...

Mulan, camne nak hilangkan perasaan duka-lara ni? wajah Latte terbayang di mana-mana....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails