Pages

Monday, December 06, 2010

To Bangkok again

25 - 30 November 2010

Tak bercadang pun nak ke Bangkok tahun ni tapi memandangkan ada dua amois nak pergi, kami pun bawa lah mereka. Tiket pun beli last minute.  Lepas beli tiket, berita kumpulan baju merah berkumpul secara aman di sana membuatkan kami sedikit cuak, takut-takut terpaksa membatalkan perjalanan ke sana. Lepas baju merah, baju kuning pula buat bantahan di bangunan parlimen Bangkok, lagilah kami cuak. Tapi seperti biasa, selepas tiada arahan membatalkan perjalanan dikeluarkan, kami tawakal dan berlepas.  Alhamdulillah, sepanjang enam hari di sana, tiada kekacauan berlaku dan kami  pulang ke Malaysia dengan selamat.  Apa yang membuatkan kami tak damai di sana adalah disebabkan kesibukan Bangkok itu sendiri, tak lebih daripada itu. Kawasan bandarnya memang sana-sini jam, shopping complexnya memang sana-sini penuh dengan manusia, sebab tu tak damai, heheh...

Sampai airport Suvarnabhumi, kami ambil Public Taxi (meter) di Level 1, RM70 saja untuk sebuah teksi besar yang boleh memuatkan 6 orang. Jangan ambil Airport Limo, rugi sebab public taxi nya pun selesa. Untuk perjalanan balik sahaja kami gunakan khidmat 'chartered transport' untuk van yang lebih besar sebab beg dah beranak-pinak.
Sufen & Suyi




















Kali ni kami tinggal di area Pratunam, syurga membeli-belah untuk kaum wanita.  Pratunam terkenal dengan 'wholesale clothing market'nya, kiri-kanan, depan-belakang, atas-bawah penuh dengan kedai, street marketnya 24jam, restoran makanan halal pun banyak di sana. Cuma, tak banyak pakaian sesuai untuk Muslimah di sana, dah namanya pun Bangkok kan?  Tak apa, aksesori pun banyak dan murah-murah pula, heheh... Yang penting, massage servicenya murah, lepas penat jenjalan, boleh urut kaki, takpun buat facial, atau buat manicure/pedicure.


Baiyoke Sky Hotel



Shopping street 24 jam, siang penjaja lain, malam lain.



















 
Bila tanya 'how much?' suara garau yang keluar, terperanjat ai.



















See, you can get your Halal breakfast here, besides Baiyoke Suite Hotel.





































Akak ni jual sandwich sedap (sebab lapar, rasa sedap kut?)





Pandangan Baiyoke Suite Hotel dari tingkap bilik Best Western Mayfair Suite


























Trip yang lepas, kami banyak menggunakan BTS (Bangkok Skytrain) untuk ke mana-mana, tapi kali ni kami banyak gunakan teksi sebab lepas buat kiraan, bayaran harga teksi adalah lebih murah dibandingkan jika kami naik BTS.  Naik BTS hanya sesuai untuk mereka yang buat perjalanan menggunakan skytrain lebih daripada 5 kali perjalanan sehari - guna lah Daypass yang berharga RM12 (120 Baht) for unlimited ride on the day of purchase. Tapi harus diingat, jalan-jalan di sana selalu sesak yang amat, so just sit back, relax and enjoy your taxi ride, asal jangan buat yang di bawah


2 comments:

NaniRostam said...

Salam.ahamdulillah untung dapat jalan banyak tempat. Kiter pun teringin....

NJ@Goboklama said...

timaksih kak Nani sudi singgah blog saya. Kak Nani apa kurangnya, dah puas jln merata dunia agaknya kut? :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails