Pages

Tuesday, January 11, 2011

Tolong Ingatkan Aku....

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Komposer & Lirik: Ana Rafali

Juara Lagu AJL ke-25, Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali.

NJ seperti juga ramaaaiiiiiiii yg lain, agak ternganga juga bila TIA diumumkan juara pada malam tu, tapi lepas dikaji selidik, she deserves winning.  Mungkin sebelum berlangsungnya acara, peminat hanya menumpukan kepada kehebatan dan populariti seseorang penyanyi lantas melupakan intipati asal AJL - mencari juara lagu antara juara, lagu yang hebat dari segi komposisi muziknya dan juga liriknya.  Hampir tiada seorang pun yang menyebut 'Ana Rafali' bila ditanya siapakah yang bakal menjuarai AJL kali ni.  NJ sendiri tak meletakkan taruhan ke atas mana-mana lagu kerana hingga saat akhir NJ masih merasakan persaingan kali ni sangat sengit.  Tapi yang pasti, NJ tidak meletakkan sasaran penyanyi kesayangan ramai, Faizal Tahir akan memenangi sebarang tempat kecuali persembahan terbaik.  NJ juga tersilap bila Hafiz dinobatkan sebagai Vokal Terbaik kerana menyangkakan Black akan memenanginya melalui Sofea Jane.

Henti-hentikanlah mengkritik dan mempertikai keputusan juri tu, hanya mereka yang mengetahui kehebatan TIA hingga melayakkannya menjuarai AJL musim ni.  Ada seorang pemanggil stesen radio pagi ni memberi teori yang agak kelakar, peminat mempertikai TIA bukan kerana lagunya, tetapi kerana Ana Rafali.  Apa lah yang tak kenanya dengan si Ana Rafali tu?  Teori NJ, biasalah, orang cantik ni selalunya dicemburui orang yang rasa dirinya kurang cantik, faktor lain tak pula NJ ambil pusing.  NJ bangga dengan pendiriannya, ketabahannya menghadapi kritikan dan juga kebolehan dan bakatnya yang jarang-jarang dimiliki oleh seseorang penyanyi Malaysia.  Berapa kerat lah penyanyi yang boleh menyusun lagu dan lirik lantas menyanyikannya sendiri? Bukan satu dua lagu, berpuluh-puluh lagu weii, syabas Ana!! 

Cuba hayati lirik TIA di atas, anda semua mungkin tak akan mempertikaikannya di kemudian hari. Tak percaya lagi?

"Tanya sama itu Hud-hud, lang mengsilang kui mengsikui"

Tak paham? Paham-pahamkan aje lerrrr......

Salam manis daripada NJ yang membuat liputan dari depan kaca TV pada 9 Januari 2011 yang lalu.  ;p

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails