Pages

Monday, March 21, 2011

Cuti Sekolah

Hati NJ berbunga-bunga pada musim cuti sekolah yang lepas. Puas hati dapat berjalan dalam percutian kali ni walaupun hanya percutian balik Kelantan. Perjalanan yang tak dirancang, hanya mengikut kata hati di sepanjang perjalanan menuju Kelantan dan juga setelah tiba di Kelantan. Dan peliknya, walaupun cuti sekolah, perjalanan kali ini sungguh lancar dan selesa, seperti bukan cuti sekolah pula gamaknya…

























Kami memilih laluan KL-Grik-Kelantan. Hari pertama, sempat singgah menjamu selera di medan selera tepi sungai Perak, Kuala Kangsar. Kalau ke sana, jangan lupa pekena ikan air tawar bakar yang bermacam-macam jenis, dan juga laksa kuala yang popular tu. Pastu beli pisau dan parang buatan tangan yang murah di sana.

Ikan bakar yang sedap!





















Lepas kenyang, kami jalan-jalan di kawasan istana. Sempatlah berposing di Istana Kenangan atau Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium Diraja Perak di mana bangunannya dibina tanpa sebatang pun paku tu, tapi sayang kami tak boleh masuk sebab Muzium kini dalam proses baik-pulih.

















Bestnya takde orang


























Perjalanan diteruskan memasuki laluan lebuhraya Timur-Barat. Rupa-rupanya di sepanjang laluan ni, banyak sungguh tempat persinggahan yang menarik untuk dilawati jika masa mengizinkan. Persinggahan pertama kami, Taman Rekreasi Gua Tok Giring yang terletak di Kampung Pecah Batu. Itupun disebabkan Arif jeles sebab Mama Arif galak bercerita akan pengalamannya sebelum ni, lalu Arif pun request nak masuk gua. Nasibla hubbyku kali ini sungguh sporting, ikut aje kata Arif & Mama Arif, heheheh…Yang nyata, pengalaman pertamanya itu telah membuatkan Arif jatuh cinta dengan gua lalu berangan nak beli gua dan buat rumah di dalamnya.

















Macam bentuk hidung kan?





















Lepas ambil gambar, kami meneruskan perjalanan hingga ke Tasik Banding/Tasik Temenggor – tasik buatan terbesar di Perak dan kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Kenyir. Sebelum ni ada nampak satu hotel baru dibina di tepi tasik dan kali ni kami nak cuba bermalam di sana. Banding Lakeside Inn, berdepan kem tentera; took superior room with balcony to view the beautiful lake scenery. Walaupun rate yang dikenakan adalah rate untuk peak season (cuti sekolah), yang kelakarnya adalah tak ramai pun yang menginap di sana, kalau bukan peak season macam manalah agaknya??.....Sunyi sepi?

Laluan menuju ke jeti




















Disebabkan masih awal, lepas check-in & refreshed, kami ambil pakej pusing pulau naik bot. Ingatkan island hopping, rupanya cuma pusing keliling tanpa menjejakkan kaki ke pulau-pulau itu, isk,isk,isk… rasa tak berbaloi je bayar RM60 sorang….Tapi pemandangannya masyaAllah cantik sangat.

Cantiknya masyaAllah.... airnya hijau macam kat Pangkor kan?





















Lepas pusing pulau, hubby tapau dinner kat Jeti Awam Tasik Banding dan kami pegi mandi-manda kat infinity poolnya, hah, yang ini berbaloi sebab kami berdua aje yang ada kat sana, dapatlah mandi puas-puas. Lepas dinner, walaupun ada aktiviti night walk yang boleh disertai, kami pilih melepak di bilik aje. Sungguh membosankan buat sesiapa yang tak biasa. Dan lepas melihat keadaan sekeliling di waktu malam, hajat di hati nak duduk semalam di Pulau Tali Kail telah dibatalkan dengan sukacitanya, gelap gelita wehh, kalau ramai tak apa lah kowt??.. Ruginya malam tu tak dapat tengok bintang sebab ada awan mendung berarakan…

Pulau Tali Kail, 15 minit perjalanan dari jeti




















Esok pagi lepas breakfast, kami check-out dan meneruskan perjalanan yang tertangguh. Sebelum singgah ke rumah BIL di Tanah Merah, kami singgah di Gua Gunung Reng pula. Kali ni kami berdua dapat masuk hingga ke dalam. Menariknya lagenda Guan Gunung Reng ni, NJ nak kongsi serba sedikit di sini.





































Interesting




















Menurut papan catatan sejarahnya yang terletak di pintu masuk ke kawasan gunung itu, tapak asal gunung adalah sebuah kampung yang telah diserkup oleh gunung yang terletak di Ulu Sungai Reng, jaraknya kira-kira tiga malam perjalanan, disebabkan Allah s.w.t yang murka dengan perbuatan hamba-hambanya yang berpesta secara melampau. Gunung Reng yang unik itu dipercayai ada kaitan dengan legenda Puteri Sa'adong yang masih belum terungkap secara jelas dan hanya menjadi misteri serta tanda tanya kepada masyarakat sehingga hari ini. Ia dikatakan menjadi tempat tinggal Puteri Sa'adong untuk seketika sebelum dia lari menyembunyikan diri di Gua Ayam di Gua Musang. Anda percaya? Wallahua’lam….

Sungai tepi Gunung Reng, kusangka itu pasir putih, rupanya bukan..
















Marble?





















Hari ketiga, selepas menyelesaikan urusan batik di PCB, NJ cadangkan pada hubby supaya mencari sebuah perkampungan di PCB yang NJ pergi dulu (tersesat) masa mencari tempat Pertandingan Beruk Memetik Kelapa 3 tahun lepas (kelakar tak?). Tapi terlajak pula hingga ke Kuala Besar. Sedang hubby berbual-bual dengan seorang penduduk di situ, NJ cadangkan agar kami semua naik bot kayu pusing pulau. Dengan bayaran RM15 untuk satu bot, kami berkeliling Pulau Teluk Renjuna, Pulau Beluru dan Pulau Suri. Ketiga-tiga pulau ini hanya boleh dihubungi dari tanah besar dengan bot dan ketiga-tiganya dihubungkan oleh jambatan. Rupa-rupanya di Pulau Suri kini terdapat Program Inap Desa yang boleh disertai oleh sesiapa yang berminat. Gugel aje kat internet, mesti ada infonya, hihih…Seronok dapat lihat suasana kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar, teringat kenangan lalu…

Sukanya dia!


















Simple life...teringat mandi air banjir dulu..






















































Hari selebihnya hanya melepak di rumah sebab tak ada agenda shopping-shopping kali ni, takde keperluan untuk itu...

Dalam perjalanan balik melalui Cameron Highland


















Acara penutup cuti sekolah, Hot Air Balloon Festival @ Putrajaya




























Tahun lepas pergi masa yang salah, rupanya seawal 7.30 pagi belon-belon tu dah berlepas, dan petang pula pada pukul 5.30.  Tahun depan Arif nak naik belon pula.






































Cubaan memecah rekod paragliding paling ramai
















Fesyen 'Gantung'




















NJ kagum dengan trend 'Gantung' sekarang ni sebab kalau lihat 10 tahun lepas, berapa kerat sangat la yang pakai DSLR? Sekarang, kiri kanan depan belakang DSLR di mana-mana, yang kelakar tu, bila nampak sesuatu yang menarik je, sibuk la memasing julurkan kamera yg lensenya bermacam-macam saiz, masing-masing nak test skill.  Sebab tu NJ bagi Arif je pakai Nikon tu, NJ dah pakai digital camera biasa seperti asal, biarlah orang muda aje yang bersaing dalam dunia fotografi nih, heheh...

Gitula ceritanya cuti sekolah yang lepas, anda pula bagaimana?

There are so many interesting places to explore here,
Jom Cuti-Cuti Malaysia!!

3 comments:

pB said...

setakat ni , belum pernah lagi pB dan family singgah mana mana kalau pulang ke KB

singgah untuk ke tandas dan solat jer.

MULAN said...

best nyaaaaaa..... lalu je tasik banding tu dulu.. takde seinggah pon.. gua2 tu menarik hati laa..

NJ@Goboklama said...

PB,time to plan ur next visit,heheh.. ;D

Mulan,banyak lagi tau gua kat laluan tu, rugi tak pegi.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails