Pages

Friday, April 29, 2011

Jom berbasikal!

Hari Ahad lepas, BARA - group beskal NJ (4 org je) join program berbasikal keliling kampung yang bertujuan untuk menyebarkan amalan hidup sihat di kalangan semua penduduk khasnya anak-anak remaja. Ramai gak penyertaan, berbilang bangsa & peringkat umur.  Tapi kesian tengok mereka yang guna basikal biasa, bila naik bukit, berkeriak-keriuk bunyi beskalnya, mesti letih... Penganjur sepatutnya memetakan laluan & bagitau awal-awal supaya mereka bersedia. Tapi, NJ respect lah semangat yang ditunjukkan mereka, tetap berkayuh walaupun penat sebab sorry to say, I quit half way, hahahah!  Shame, shame.....

BAA (R dah balik rumah), meneruskan perjalanan sambil membuat hentian di surau-surau & sekolah yang hendak diberi sumbangan.  Mungkin penganjuran kali pertama, agak kurang teratur terutamanya apabila di jalan raya, walaupun keutamaan diberikan kepada kami dan terdapat 'marshal' yang menjaga laluan, kekadang peserta dibiarkan tanpa pengawasan macam anak-anak ayam bertempiaran di jalanan.  Bahaya sungguh, NJ tengok sendiri depan mata sorang akak hampir-hampir tersondol bontot kereta, ish,ish,ish...

NJ harap dapat menyertai lebih banyak program sebegini dan dapat menghabiskan tour yang sepatutnya, heheheh....



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Geng baju kuning dari ACT

1 comment:

MULAN said...

great..!!! seronok ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails