Pages

Thursday, May 05, 2011

Bicara Sifu

Semalam dapat juga akhirnya NJ membawa pelajar ke Galeri Petronas di KLCC untuk melawat pameran 'Bicara Sifu'.  Pameran yang menampilkan 51 hasil karya pelbagai bentuk dan rupa oleh 85 seniman/ pensyarah fakulti seni dan rekabentuk dari 9 IPT termasuk UiTM, UIAM, USM, UM, USM dan UPM.


Pendita oleh Zulkifli Yusuf




















NJ suka yang ini, karya 'We Wish' oleh Andrialis Abd. Rahman





















Jangan lepaskan peluang melihat karya-karya seni yang memberi nafas baru kepada bidang seni visual di Malaysia ni.  Pameran sedang berlangsung.

'Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah'
oleh Suhaimi Fadzir



























Karya di atas pula adalah salah satu daripada karya-karya pameran 'ABC' di Balai Seni Lukis Negara.  Bukan air batu campur ye, tapi Antara Bahan Campuran iaitu sebuah pameran yang terhasil daripada pemerhatian terhadap perkembangan seni rupa kontemporari. Pameran ini adalah kupasan penggunaan bahan dan perkembangan penggunaan bahan yang bersifat campuran dalam sesebuah hasil karya yang kini menjadi Koleksi Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara.

Jom, jom kita ke sana!!




2 comments:

cik aiskrimmj said...

hye,salam..wah..btw mnariknya...nk tnya..bile lagi pameram ni dbuka..mcm mnarik..sya nk pergila...cuma tggh tggu lps hbis exam..=)

NJ@Goboklama said...

cik aiskrim, pameran berlangsung mungkin sampai hujung bulan ni kut? Pls.cek wit Petronas Gallery, akak pun lupa nk tanya aritu. Ada talk juga, jgn lepaskan peluang menyertainya! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails