Pages

Thursday, May 19, 2011

Semporna 2011

Susah bila dah jatuh cinta, walaupun jauh, sanggup ku terbang jua.  NJ, hubby, Arif & 3 anak saudara ke Semporna minggu lepas.  Kami ke pulau Mabul, Kapalai & Sibuan.  Belum balik, dah pun plan next trip ke sana tahun hadapan.  Mungkin ke pulau-pulau lain pula.  Sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana, silalah pergi, tak rugi & sangat berbaloi menghabiskan masa bermandi-manda dalam air yang saaaaangaaaat jernih & melihat pemandangan yang menakjubkan, menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita di bumi ini, Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahhuakbar...

Masih lagi pilih Seafest Hotel untuk penginapan

Kalau kita hanya non-diver & datang ke Semporna untuk Island Hopping ataupun snorkeling, Hotel Seafest adalah pilihan terbaik.  NJ pernah duduk di Dragon Inn dulu, tapi DI hanya menyediakan pemandangan yang cantik & pengalaman tidur di dalam chalet terapung, tapi dari segi kebersihan, keselesaan dan value for money, NJ tetap akan pilih Seafest.  Cuba bayangkan, untuk ke pulau-pulau di perairan Semporna, paling cepat memakan masa 1 jam.  Lepas tu masa akan dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti snorkeling, mandi-manda, sightseeing dsb.  Mesti dah penat seharian, korang nak balik ke bilik hotel yang kemas & selesa untuk merehatkan diri untuk aktiviti hari seterusnya kan?
Uncle Chang Guesthouse, Mabul

SMART di Mabul (Sipadan Mabul Resort)

Sipadan-Kapalai Resort

Di Mabul ada menyediakan chalet-chalet bertaraf budget hingga ke taraf 5 bintang.  Kalau yang budget tu, bersedialah untuk menerima seadanya.  Ya, pemandangan dari budget guesthouses di Mabul sangatlah cantik, tapi kalau tak bersedia nak menerima kemudahan yang kurang sempurna, korang akan rasa stress yang hamat, tak berbaloi nak habiskan masa di situ.  Pada pendapat NJ, guesthouses di Mabul hanya sesuai untuk divers, bukan untuk family.  Lagipun NJ tak sanggup la nak duduk lama-lama kat guesthouse Mabul tuh, sakit mata dan jiwa raga melihat perempuan-perempuan Melayu kita yang bebas berpakaian menjolok mata, almaklum di tengah pulau, freedom katanya....

Tapi, pengalaman snorkeling di sana sangatla menakjubkan, korang akan rasa rindu, rindu dan rindu untuk datang lagi, lagi dan lagi.....


Main kaki di Kapalai



















Arif tak dapat dive, snorkel pun jadi lerrr....



















Alam yang berbeza, sangat indah moga kekal terpelihara...


'Bunga Terlarang'


Hanya untuk peringatan kepada sesama Islam, niat kita untuk bergembira dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah tidak menghalalkan cara. Dekat mana ceruk dunia pun kita berada, Allah sentiasa memerhati kita. Kalau kat tempat sendiri boleh tutup aurat, takkan bila dah tercampak ke pulau kita nak dedahkannya? Terjojol jer bijik mata lelaki-lelaki yang ada kat sana sambil-sambil tambah dosa. Simpanlah 'harta peribadi' kamu hanya untuk tatapan suami sahaja. Mari sama-sama kita muhasabah diri, insyaAllah....

5 comments:

pB said...

cantiknya


leh tanya sikit


berapa ek RM yang kena simpan nak kesana ???

NJ@Goboklama said...

PB, depends on ur budget lah, berminat ke? Jom I tlg uruskan, hihih... goboklama@gmail.com

MULAN said...

miss mabul/sipadan...!!!

Anonymous said...

salam,
sis,mau nanya..
mase g mabul stay dimana?
kami ade trip next month, tp stil lum decide nk stay di mana..
bole tlong suggest?
kami juz mau jalan2 ja..tamau dive
bcoz i'm pregnant 4month..
harap sgt sis dpat guide
tQ - nani

NJ@Goboklama said...

Mulan, kankankan? ;D

Nani, pls e-mail akak di goboklama@gmail.com , thanks

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails