Pages

Tuesday, June 21, 2011

Emergency Go Bag

























NJ dah sediakan 1 E-GoBag (bukan Men's Bag ye), anda semua bagaimana?  Bukan nak menakut-nakutkan korang, tapi dengan keadaan dan perubahan alam semulajadi yang tak menentu ni, lebih baik kita bersedia.  Ada orang gelakkan NJ, kata NJ gila, paranoia dsb, tapi kita merancang saja, jadi tak jadi, Allah s.w.t yang menentukan, betul tak?  E-GoBag ni perkara biasa di negara-negara yang selalu mengalami bencana alam tapi di Malaysia masih tidak popular.  Yang biasa adalah grab-and-go bag yang selalunya disediakan oleh bakal-bakal ibu yang akan melahirkan.

Ada apa dalam E-GoBag NJ?  Secara asasnya terbahagi kepada beberapa bahagian:

1)  Sanitation & Medication

  • First aid kit
  • Personal/prescription medication
  • Minyak angin
  • Mask 
  • Hand sanitizer
  • Clean wipes
  • Toilet paper/kitchen towel
  • Soap for general washing
  • Toothbrush & toothpaste
  • Sanitary pad
  • Nail clipper, hair brush
2)  Equipment
  • Torchlight
  • Battery pack
  • Long burning candles
  • Lighter/matches
  • Fire starter
  • Cookware
  • Mess kit
  • Stationery 
  • Duct tape/masking tape
  • Cutter/knife
  • Plastik sampah
  • Zip-lock bag
  • Whistle
3)  Bedding & Clothing
  • Enough clothes for 3 days
  • Telekung, sejadah
  • Plastic table spread for flooring
  • Sleeping bag
  • Inflatable pillow
  • Eye cover
  • Towel
  • Kain buruk
4)  Food & water (belum ada)
  • Mineral/drinking water
  • Water bag/bottle
  • Instant soup/instant food
  • Biscuits
  • Mints, lozenges
  • Energy bar, chocolate bar
5)  Documentation etc.
  • Photos of family members
  • Photocopy of IC, license, insurance policy
  • List of family/emergency contact numbers
  • Cash & coins inside metal box
'Please check expiry date for medication & food supply'

Sebenarnya, E-GoBag ni boleh digunakan pada bila-bila masa, tak semestinya nak tunggu banjir, gempa atau bencana lain berlaku.  NJ letak E-GoBag ni kat tepi pintu masuk rumah.  In case ada orang tanya, "Macam mana kalau rumah runtuh atau terbakar?", wallahua'lam NJ pun tak dapat buat apa-apa.  Ada juga orang yang letak E-GoBag dalam kereta.  Walaupun Malaysia belum pernah terjadi gempa bumi, tak mustahil akan berlaku juga suatu hari nanti kerana sekarang, kesan-kesan gegaran gempa yang berlaku di negara-negara jiran telah kerap dirasakan di sini.  Banjir, tanah runtuh, kebakaran hutan, semakin banyak berlaku sekarang.  Tak salah kan kalau kita bersiap-sedia dari sekarang, secara fizikal & mental?

"Confidence is preparation. Everything else is beyond our control"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails