Pages

Monday, June 13, 2011

Jakarta-Bandung, Jun 2011

Perjalanan percutian yang telah lama dirancang yang tujuan asalnya membawa bersama-sama 4 lagi ahli keluarga berjalan-jalan di Jakarta-Bandung.  Tapi manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan, mereka membatalkan perjalanan pada saat akhir.  Kami bertiga membulatkan tekad, tak mau 'burn' tiket yg dibeli lalu meneruskan saja rancangan ke sana, apatah lagi memikirkan yang bukannya senang nak mendapatkan tiket murah pada waktu cuti sekolah. 

Perjalanan kali ini, kami mendapatkan khidmat transport Iwan Setiawan Group.  Rupa-rupanya, sehari sebelum berlepas, Iwan menikah dengan orang Malaysia lalu yang menjemput kami adalah Pak Iman.  Ohohohoh.... jika kutahu begitu hebatnya penangan 'macet' di Jakarta, harus kami naik keretapi saja ke Bandung macam tahun lepas, ataupun ambil tiket flight terus ke Bandung.  Bayangkan 3 jam saja jem di Jakarta campur 2 jam lagi ke Bandung, waduh capeknya..... makin teruk jem di sana...

























Sampai-sampai di Setramurni Apartment dah malam, kemas-kemas barang terus tidur.  Setramurni Apt. ni sesuai untuk keluarga besar, sebab ia menyediakan apartment 1 atau 2 bilik bergantung pada jumlah ahli rombongan.  Apartment 3 bilik juga ada disediakan, tapi di Cipedes.  Apartment ni lengkap dengan tempat memasak tapi kalau nak cerek untuk rebus air panas, sila ambil di bawah, di reception area.  Breakfast juga disediakan di bawah, yang simple-simple aje spt kopi segera, roti & megi ayam, DIY.  Udara di sini lebih segar daripada di tengah kota, dan lebih dingin, sebab tu di ruang tamu tak ada kipas atau aircon.  Di bilik saja ada aircon.  Bilik airnya ok, tapi airnya sedikit berbau, tak tau la apasal, takkan pakai air telaga kot?  Kalau korang tak nak tambah extra bed, silalah bawa tikar sebab lantai jubinnya sejuuukkkkk pada waktu malam.  Di sini, sangat sesuai untuk mereka yang nak berehat tapi kalau dah ke Bandung, apa kes nak berehat kan?  Di bandar juga banyak hotel/motel yang sesuai dengan bajet, daripada ekonomi ke 5 bintang, tinggal pilih dan sediakan aje duitnya. Kami tinggal di Setramurni Apt sebab asalnya ramai, tapi sebab malas nak kensel booking, kami teruskan aje menginap disana.


























Esoknya kami dijemput oleh Pak Ujang pula, plannya nak ke Kawah Putih tapi Pak Ujang kata jauh, malas nak bertekak kami pun ke Pasar Baru aje.  Seharian tu jalan-jalan shopping di Bandung aje, Pasar Baru, Toko Tiga, PVJ Mall, FO dan FOs.  NJ tak rasa shopping di FOs sangat mengujakan sebab NJ ni orangnya simple je, bukannya orang giler branded, pakai baju RM5 dan baju pasar malam pun tak kisah.  Tapi NJ heran tengok orang Malaysia yang bershopping di sini, kalau kita senyum, sket pun tak berbalas, mengalahkan shopping di Paris jer, sombong ke penat?  Ada satu mamat ni, sket-sket 'excuse me, excuse me' dengan suara yang kuat bila berselisih dengan orang, macam tak boleh cakap betul-betul, menyampah tol! Malamnya nak dinner di Kampung Daun, pun Pak Ujang kata jauh, lalu kami ke Simpang Raya aje.  Apa kes la Pak Ujang ni, benci betul NJ bila benda yang dirancang tak menjadi, rasa macam tak berbaloi je percutian kali ni... Nasib la kali ni bertujuan, ada anak buah kirim barang untuk majlis pertunangan & perkahwinannya nanti, ada gak la benda yang nak dicari, aduhai.....















































Esoknya lepas ke Pasar Baru (sekali lagi?), kami terus ke Jakarta sebab nak elakkan jem. Tiga jam juga baru sampai ke Travellers Hotel.  Niat di hati nak ambil sehari lagi dengan Pak Ujang tapi belum apa-apa dia kata hotel kami jauh dari Tanah Abang, takut macet, so khidmatnya ditamatkan hari itu juga.  Tak pernah pulak jumpa Pak Supir yang tutup jalan periuk nasi sendiri, haihhh....



























Lepas check-in kami ambil teksi ke Mangga Dua Square untuk urutan kaki di Lotus.  Masseuse NJ tu citer, rupa-rupanya pekerja Lotus ni tak dibayar gaji tetap, mereka hanya diberikan komisen RM3 untuk seorang pelanggan.  Patutla bayaran urutan kaki untuk 90 minit hanya RM10 saja.  Sebab tu mereka mengharapkan tips daripada pelanggan-pelanggan yang datang.  Sesiapa yang ke sana tu, rajin-rajinla hulur tips, sian dorang.. Masseuse tu citer, kebanyakan pelanggan dari Malaysia ni kedekut, hihihih.... Esoknya sempat lagi kami ke Tanah Abang & Mangga Dua Grosir utk acara shopping terakhir sebelum berangkat balik.

Dipendekkan citer, trip kali ni kureeennggg menjadik, macet sana-sini, sampai di imigresen airport jakarta pun macet.  Plan nak ke tempat lain, ke lain pulak perginya. Dan yang paling tak bestnya, buat pertama kali dalam sejarah, kami kena tangkap kat LCCT masa balik, oleh pegawai kastam, terpaksa la bayar tax RM50 pas mintak diskaun. Haiiihh,, hangin, hangin... nasib la beli barang-barang murah je... Rasa macam serik je nak ke sana lagi. Lain kali kalau NJ ke Jakarta/Bandung, harus kerana bawa orang jenjalan, tapi dorang mesti konfem going, or else jadi cenggini, nak tak nak pergi, bila pergi, lain pula jadinya.. Tak apa lah, NJ redha, sebab kita hanya merancang, Allah s.w.t juga yang menentukan.... Lepas ni nak kemas beg lagi, nak ke mana pula buk???.....

Iwan Setiawan: +6281221401090
Setramurni Apartment, Bandung: +628164871771
Travellers Hotel, Jakarta: +62021601 3888

No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow. 
~Lin Yutang


Can't agree more, HOME SWEET HOME.....

2 comments:

aNIe said...

Seronoknya jenjalan NJ...lebih2 lagi bila dpt pergi dgn keluarga...

NJ@Goboklama said...

ya Kak Anie,NJ suka nk share pengalaman jln2 dgn mrk yg brminat tapi bila org tu hangat2 tahi ayam je yg buat NJ kesal, kesal krn mrk mcm tk mghrgai susah-payah kita yg trpksa mguruskn segala-mala brkaitan tour yg dh dirancang. Tapi NJ tk serik, kalau boleh lain kali nk bawa semua ahli keluarga brjln, nk rasa seronok ke tak, heheheh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails