Pages

Thursday, August 25, 2011

Aidilfitri datang lagi....

Wah, kemain sakan lagi nampaknya orang-orang Malaysia bershopping nak sambut raya nih.  NJ aritu terjebak juga ke Jln. TAR masa hari minggu, takde dalam rancangan pun, tetiba je kereta dah ke sampai tempat parking, heheheh.... Mak oiiiii, ramainya oranggggg....... mampat sampai tak bergerak susur jalan kecik ciput tu dipenuhi manusia, ish ish ish.... Nampaknya penganjur Bazaar Ramadhan Jln TAR harus memikirkan jalan terbaik untuk memberi keselesaan kepada pengunjung pada tahun-tahun akan datang memandangkan tempat ni diikitiraf paling popular untuk bershopping raya setiap kali di Lembah Kelang, ada betul?.  Mungkin dianjurkan di tempat lain yang berdekatan dan lebih luas?  Anyway, azam NJ untuk tidak membazir berbelanja pada tahun ni tercapai juga, Alhamdulillah... NJ hanya beli sepasang baju kurung & sepasang kasut je tahun ni memandangkan baju-baju lama masih lagi elok untuk dipakai.  Ke Jln TAR pun hanya kerana hubby ingin mencari samping yang dihajatkan, Alhamdulillah berjumpa juga di dalam kesibukan ragam ribuan manusia hari tu....

Tapi kan, NJ paling tak setuju dengan ibu bapa yang mengheret anak-anak kecik mereka bershopping, kesian la wei ke bebudak kecik tu... Ada yang merengek, ada yang menangis, ada yang mengamuk, ada yang pengsan berpeluh dek kepanasan, alahai kesiannya NJ tengok.  Dan di bulan puasa ni, tau tau aje lah, bila dah penat bershopping, kat tempat yang panas pula tu, mulalah mak pak orang ni mengamuk tak tentu pasal marahkan bebudak yang meragam tu, ada ke patut???  Dahle dia paksa anak-anak dia mengikut sekali, bila budak tu merengek, dah dimarah, ditengkingnya budak tu depan orang ramai. Wei, malulah kat orang sket weii..... Ada pula yang bawa baby?  Ish ish ish, tak boleh ke cari jalan penyelesaian seperti tinggalkan anak-anak tu pada ahli keluarga atau jiran yang boleh tolong jaga?  Please lah wahai ibu bapa, lain kali cuba fikir-fikirkan dulu bila nak bershopping tu, fikirkan keselesaan anak-anak dulu ok?

Anyway, tahun ni giliran NJ beraya di kampung halaman BP, raya kedua nak terbang pula ke Kelantan  Gitulah selalunya sistem giliran kami ni, rasanya giliran raya pertama di kampung masing-masing sebenarnya tak seronok sebab tak dapat meluangkan masa beraya yang lama di sana.  Apa-apa pun NJ rasa bersyukur kerana masih lagi dapat meraikannya bersama orang-orang yang tersayang, begitu juga NJ harapkan kepada semua umat Islam di muka bumi ni, marilah bersama-sama kita menyambut kedatangan Syawal dengan rasa penuh syukur kerana dapat melalui Ramadhan Al-Mubarak ini dengan jayanya.... dan NJ berdoa semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita semua, amin...

Jika dipanjangkan usia, 1 Syawal ini adalah yang paling istimewa untuk NJ dan akan dikenang seumur hidup kerana ianya jatuh bersamaan tarikh lahir NJ yang ke 37, insyaAllah..... Doakan agar NJ dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ya kawan-kawan?  Terima kasih...

Dan kepada yang memandu di jalan raya tu, sila berhati-hati, bersabar dan ingatlah orang tersayang yang menunggu kita di kampung halaman..... InsyaAllah kita selamat sampai dan dapat beraya bersama walaupun terpaksa menghabiskan masa yang lama sepanjang perjalanan... 



Takbir bergema menggetar jiwa,
Tanda Ramadhan meninggalkan kita,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia,
Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak bisa bertambat,
Untuk kata membekas luka,
Semoga pintu maaf masih terbuka.


Maaf Zahir & Batin, Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

3 comments:

MULAN said...

SALAM RAYA AIDIL FITRI..
MOGA SEMUA DIBERKATI..
MINTAK MAAF SE-IKHLAS HATI..
ENJOY LA SEMUA BERAYA NANTI..

"HAPPY 37TH BIRTHDAY"

siowyy said...

Dear cikgu Raha,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
and
Happy Birthday too.
This should be a special day to you where birthday meet with HRaya it dn't come by ever year its a blessing. Enjoy your holiday.

Love
siowyy

NJ@Goboklama said...

Mulan, tengkiu-tengkiu :D

Ms.Siow, thank you for everything :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails