Pages

Monday, September 19, 2011

Bali Day 2 - Part 1

Kami menginap di Kuta kerana NJ fikir ianya lebih sesuai untuk pelajar-pelajar, mereka lebih senang pergi ke mana-mana pada masa terluang di luar waktu lawatan.  Hotel Balisandy Cottages yang disarankan oleh Pak Isme ini berdekatan dengan Pantai Kuta, oleh itu terdapat banyak kedai serbaneka, kedai jualan barang cenderamata dan restoran-restoran.  Hotel ni cantik, tapi agak berusia & ada yang kurang di sana-sini.  Itu tak menjadi hal kerana kita boleh beritahu masalahnya di kaunter & dengan segera mereka akan memperbaikinya.  Bagi mereka yang setiap hari pergi tour pagi-pagi dan hanya pulang ke hotel untuk bermalam, ianya cukup memadai, sesuai dengan harganya, agak privacy & selesa.  Sudah tentu jika NJ, hubby & Arif saja yang pergi, kami akan memilih untuk menginap di Ubud saja kerana di sana lebih nyaman, lebih aman dan lebih menarik.

Arif & his favorite place

Balisandy Cottages
Kami ke Rumah Pelukis Wayan Mardiana di Batuan untuk melihat painting-painting yang diusahakan oleh sekeluarga pelukis Bali.



Meneruskan perjalanan ke pekan Ubud untuk lunch, shopping & sightseeing.  Shopping di Pasar Ubud agak meletihkan kerana perlu tawar-menawar setiap masa & harga bukaannya agak tinggi.  Kita perlu bijak tawar-menawar agar tak rugi dan menyesal di kemudian hari kerana di Bali masih banyak terdapat tempat jualan kraf yang lebih murah harganya.

Lunch masakan Padang, non-Muslim went to the famous Ibu Oka Babi Guling

 Perarakan upacara yang biasa dilihat di sini, jalan akan ditutup sehingga upacara selesai.




Ubud Palace

Pukul 3 petang adalah lawatan utama kami iaitu ke Green School (International).  Istimewanya Green School ini adalah kerana  hampir keseluruhan struktur bangunan di sini diperbuat daripada buluh dan sumber tenaganya hanya menggunakan sumber tenaga mesra alam.  Kawasannya juga agak terpencil, jauh dari kesibukan kota, nyaman dan segar saja rasanya di sini.  Ia menerapkan konsep sustainable practices dalam pendidikan dan kehidupan.

Lagi maklumat lanjut tentang Green School di sini dan di sini

Pintu masuk ke Green School


Bangunan utama
Bilik darjah

Lihat tandas di sebelah kanan tu, comel kan?


Bahagian dalam bilik darjah
Ruang belajar

Merasai pengalaman belajar di Green School

Antara perabot yang dihasilkan


Cozy



Antara tetamu yang datang dan memberi sumbangan

Lawatan ke Green School hanya boleh dilakukan pada hari Isnin atau Rabu, pukul 3 petang selama 1 jam.  Bayaran/Sumbangan yang dikenakan adalah berjumlah IDR100,000.00 setiap orang yang akan dimasukkan ke dalam dana yuran untuk anak-anak Indonesia.

Untuk pertanyaan tentang lawatan ke Green School, sila ke link ini:
http://www.greenschool.org/book-a-tour

Website: www.greenschool.org  dan  www.greencampbali.com
Phone : +62 361 469 875
Mobile : +62 361 801 3793

to be continued......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails