Pages

Wednesday, September 21, 2011

Bali Day 4 - Part 2

Uluwatu Temple
Di sinilah NJ menangis sebab cari students hilang. Tempat tu dahle ramai orang, monyet pun banyak, matahari pulak terik rasanya membakar kulit, masing-masing termasuk NJ dah agak keletihan sebab daripada pagi sampai ke petang aktivitinya di bawah matahari, kami terus ke tempat Kecak & Fire Dance lepas Pak Isme belikan tiket.  Tiba-tiba Pak Isme datang semula dan buat headcount beberapa kali, 3 orang tak ada.  Baru NJ perasan yang 3 gadis dah hilang, ingatkan ke toilet tapi bila drivers tolong cari sekitar kawasan tu pun tak jumpa juga.  Mereka cari di kawasan parkir pun tak jumpa.  NJ yang dah panik selepas hampir 1 jam ikut mencari sambil melihat-lihat jurang yang dalam tu dan berdoa moga tak ada mayat yang terapung di situ.  Ada juga terfikir, entah-entah disembunyikan makhlukhalus ke monyet ke di dalam hutan sambil tertanya-tanya apalah yang nak dijawab kepada ibu-bapa mereka.....Selepas bersangka buruk, NJ beristighfar banyak-banyak dan masuk semula ke Uluwatu & tiba-tiba ternampak kelibat mereka diiringi hubby.  Rupanya hubby jumpa mereka berehat di suatu kawasan tersorok, mereka kata sebab takutkan monyet, NJ tak tau nak cakap apa dah tapi bersyukur sebab dah jumpa mereka semula.... alhamdulillah....tapi tertumpah juga airmataku dek menahan geram, penat, sebak dan debar di dada....

Uluwatu Temple
Monyet-monyet kat sini ganas-ganas belaka tapi masih ada unsur-unsur perikemanusiaan.  Tengok tu, yang kecik tu tengah tengok-tengokkan luka di badan monyet yang besar tu (ke cari kutu?)  Tapi hati-hati pada yang berkacamata, nanti dirampasnya & kalau dapat semula harus dibayar upah.  Botol air mineral student NJ yang dirampas, digigitnya sampai bocor.  Spek sorang student NJ pun dirampasnya, penjaganya tolong cari, pastu kena bayar upah.  Anehnya bila gelap, semua monyet hilang, lucu pula bila teringatkan Pak Isme kata monyet-monyet tu dah balik rumah sebab nak tulis buku rekod dan report pada penjaga apa hasilnya untuk hari ni, heheh...

Kalau dah ke sini, tak sah la kan kalau tak tengok Kecak & Fire Dance?  Rasa macam memuja apa tah masa kat sana bila tengok umat manusia yang ramai diiringi bunyi kecak'kecak'kecak' yang bergema tu, betul-betul waktu Maghrib.  Bila ambil gambar, terdapat banyak bintik putih di skrin kamera & tak pernah pula nampak sebanyak tu sebelum ni, apakah?  Tapi persembahan ni sangat menarik dan NJ suka tengok perempuan yang bawa watak Sita, sangat menawan.....



kecak'kecak'kecak!!!...
to be continued... hai bila nak habis daaaa.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails