Pages

Monday, September 26, 2011

Lagi-lagi Bali....



Makan-makan Halal di Bali
Tak susah mencari makanan halal di Bali jika kena caranya, lebih-lebih lagi jika mengikuti tour Pak Isme. Makanan segera seperti KFC, McDonald & Pizza Hut juga halal so boleh makan di sini jika tak jumpa restoran lain. Makanan halal di mana-mana negara pun memang agak mahal, tak sama macam di Malaysia, jadi sediakan saja bajet yang lebih, hanya untuk makan-makan ye!  Tengok kos perbelanjaan makan NJ, hubby & Arif di bumi Bali selama 5 hari 4 malam:

Kuta Food Court
  • Nasi goreng seafood
  • Set ikan gurame
  • IDR100,000.00 = RM36
Pizza Hut
  • Prawn bruschetta
  • Fettucine
  • Canneloni
  • Salad
  • IDR250,000.00 = RM90
McDonald
  • Breakfast set x 3
  • IDR125,000.00 = RM45
Kintamani buffet lunch
  • IDR270,000.00 = RM97
Jimbaran dinner
  • IDR270,000.00 + IDR400,000.00 for whole lobster = RM241
Nasi Padang di Ubud
  • IDR150,000.00 = RM54
Restoran Minang di Kuta
  • IDR240,000.00 = RM86
Lunch di Galleria Mall
  • Set ikan gurame
  • Fettucine
  • Set iga sapi
  • IDR250,000.00 = RM90
Itu semua adalah harga untuk 3 orang.  Mula-mula dulu, terasa mahal gak bila nak makan di negara orang tapi bila dah beberapa kali, NJ redha je & memang siap-siapkan bajet yang lebih hanya untuk makan, takleh kedekut sebab kita berjalan pun bukannya selalu, so kenalah rasa makanan di tempat orang dan yang pasti, mesti sedap dan halal.  Pencarian tempat makan halal tu mesti dibuat awal, so kita boleh cari sendiri tempatnya bila dah sampai destinasi tujuan. Semakin ramai rakyat Malaysia yang melancong sekarang ni, jadi mereka akan tinggalkan banyak informasi tentang tempat-tempat makan halal di internet, ikut je, insyaAllah semuanya okey...

Yuk ke Bali yuk!!

Emping Melinjo, oleh-oleh drp Pak Isme..
Terima kasih, jumpa lagi...

1 comment:

anugerah perdana said...

Sekarang, makanan halal di bali tidak selalu restoran padang ya. Sudah banyak alternatifnya. Misalnya Resto Alas Daun di Teuku Umar Denpasar

http://snackboxbali.wordpress.com/2012/07/11/makanan-halal-di-bali-tidak-selalu-restoran-padang/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails