Pages

Friday, September 09, 2011

Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kelantan - Part 1

Sesiapa yang ke Kelantan, haruslah pegi ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh ni di malam hari sebab aktiviti-aktiviti di tengah bandar Kota Bharu pada waktu malam dah berkurangan sebaliknya tertumpu di sini.  Ada apa di sini?  Wuiihh, macam-macam ada lah, apa kata kita tengok gambor je?

Pintu gerbang, ada juga pintu masuk yang lain..
Waktu tak sendat dengan orang


Tudung Bawal yang menjadi kegilaan suatu masa dahulu...





Comelnya tengok kasut kanak-kanak ni, untuk umur 1 tahun pun ada
Ooooppssss!!!!

Dah penat berjalan, apa kata makan di sini
atau beli saja pelbagai jenis juadah yang banyak dijual di sini





Pernah terjadi peristiwa pahit di sini, naja NJ kena kepung oleh penjual sayur.  Dia kata itu kawasan larangan parkir, so dia suka-suka hati letak kemah, naja tu dok betul-betul bawah kemah tu, kiri-kanan kereta diletaknya longgokan sayur, buah dan dihimpit pula depan-belakang oleh kereta & motosikal.  Lagaknya tokey makcik siam tu macam gangster, dah minta maaf berkali-kalipun dia tak mau berganjak padahal pekerja-pekerjanya bersidai kat tepi-tepi tu tak buat apa pun.  Mungkin dia sangka NJ akan takut dengan gertakan dia dan akan menghulurkan duit untuk upah mengalihkan barang.  Oh sorry!!!!!  NJ yang pantang dibuli orang ni dengan lagak gangster kampung pisang, mengangkat kotak-kotak sayur & buah tu sorang-sorang, apa dia ingat aku takut, tak larat??  Dah lama pastu, barulaaa pekerja-pekerja dia terhegeh-hegeh tolong, serta-merta alihkan kereta & motosikal yang diletakkan dengan sengaja di depan-belakang naja tu, adoiiiiiii geramnyer!!!!!!  So, hati-hati lah bila nak parking kereta ye?


bersambung.........

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails