Pages

Wednesday, November 09, 2011

Pembangunan?

Minggu lepas NJ ke Pasar Chow Kit setelah berkurun lamanya tak ke sana.  Mak aiihhh, tak berubah langsung tempat tu, rasa macam balik ke zaman dulu  kerana keadaannya tak banyak berubah walaupun dah lebih 50 tahun wujud di tengah-tengah pusat bandar raya.  Mujurlah baru-baru ni TPM mengumumkan cadangan untuk membangunkan semula dan menaik taraf pasar itu.  Tapi kenapa baru sekarang, bukan lama dulu?  Projek naik taraf tu mungkin mengambil masa bertahun juga sebelum sedia digunakan.  Tak dapat bayangkan apa pelancong asing kata tentang PCK ni kan?  Projek naik taraf kerajaan persekutuan kat pasar besar Kelantan tu pun dah lama dilaksanakan, macam mana yang dekat ni boleh terlepas pandang?





Arif:  "Mama, dulu-dulu bila orang amik gambar, dorang tanya nak masuk tv mana? Surat khabar mana?"

Mama:  "Biasala tu, abihtu nak tanya apa lagi?"

Arif:  "Mama tau orang sekarang tanya apa?  Tu makcik yang pakai tudung merah tu, dia tanya nak masuk fesbuk ke?"

Alahaiiiiii orang sekarang, fesbuk beraja di hati.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails