Pages

Friday, December 16, 2011

Makan-makan di Chiang Mai & Bangkok

NJ respek pada blogger yang dapat menghasilkan gambar-gambar makanan dan hidangan yang nampak sungguh menyelerakan di skrin komputer sebab selalunya bila NJ nampak makanan, NJ akan baca bismillah, terus makan dan gambar-gambar dalam koleksi NJ selalunya begini:

 atau begini:

So, untuk trip ke Thailand ni NJ cubalah kawal napsu sket & dapat jugalah ambil gambar beberapa hidangan yang NJ sangat luuurrrrrrvvveeeeeeee dan chenta untuk tatapan semua.



Paad Thai di Restoran Sophia, Chiang Mai - 2 *


Paad Thai di Chatuchak - 4*
 Arif: "Mama, terus senyap jer dapat makan Pad Thai", ahaks.....
Paad Thai (lagi??) di  Restoran Usman, Bangkok - 4*

Tom Yam Koong di Restoran Usman - 3*

Chicken Bolognese Spaghetti di Restoran Nefertiti, Soi Nana, Bangkok
 - 3*

 dan jumpa perkataan-perkataan baru:
Restoran Usman's version of Teh Tarik - 1*
Restoran Sophia

Ini adalah senarai beberapa restoran yang kami pergi semasa lawatan ke Chiangmai-Bangkok:
  1. Restoran Sophia berdekatan Masjid Hidayatul Islam (Baan Haw), Chiangmai
  2. Restoran Roummit di Anusarn Market, Chiangmai
  3. Restoran Asma di Anusarn Market, Chiangmai
  4. Restoran Usman di Sukhumvit Soi 22, Bangkok (bersebelahan Imperial Queen's Park)
  5. Restoran Muslim di Chatuchak (bersebelahan Clock Tower)
  6. Restoran Al-Hussain di Sukhumvit Soi Nana
  7. Restoran Nefertiti di Sukhumvit Soi Nana
Harga makanan di tempat-tempat ni kesemuanya (untuk 3 orang) adalah lebih kurang RM50-RM100 sekali makan. Kualiti makanannya ada yang takde * - 4*, ada juga yang ayam gorengnya (di Chiang Mai) NJ makan terjumpa bulu ayam, rasa macam tanak makan ayam goreng lagi dah, uuiikkssss..... But, as a first timer at a new place, semua yang blogger recommend kalau boleh kita nak cuba kan? So, bila dah cuba & terkena, takkan NJ nak pergi lagi lain kali? Kalau sesiapa nak pandangan NJ tentang restoran mana yang boleh dicuba di Chiang Mai atau Bangkok, sila emel sebab NJ tanak pula tabur pasir dalam periuk nasi orang dengan mencaci mana-mana restoran di Goboklama. NJ rasa mungkin ada sebab di sebalik setiap kekurangan makanan yang dihidangkan tu.  Dan NJ cuma bagi bintang berdasarkan deria rasa lidah NJ pada ketika itu, jadi NJ tak akan bertanggungjawab terhadap kekurangan rasa makanan tersebut pada masa akan datang, okey?
Chenta Hatiku....
There is no love sincerer than the love of food
~ George Bernard Shaw

2 comments:

pB said...

sedapnya .....

NJ@Goboklama said...

Apa yg sedapnya PB ooiii??....;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails