Pages

Thursday, December 22, 2011

My Family...

Minggu lepas kami sekeluarga buat Hari Keluarga di Hulu Langat.  Macam-macam aktiviti yang NJ sertai, rasa macam kat itm je dulu.  Tetiba la nak cuba balik water confident (yang dah over confident), abseiling, night-walk & jungle trekking, alhamdulillah semuanya berjaya dibuat.  Yang paling best adalah jungle trekking, dah lama NJ teringin nak masuk hutan trekking bersama-sama hubby & Arif, kali ni baru dapat buat, malah lagi best sebab dapat bersama-sama keluarga besar lagi. Guide kami cakap biasanya ambil masa 1 jam atau lebih untuk sampai ke atas, tapi disebabkan jalan basah sebab baru lepas hujan, kami ambil masa 2 jam untuk sampai.  Sebelum sampai tu macam-macam kerenah la boleh tengok, ada yang nak patah balik, ada yang merungut, ada yang nangis, ada yang krem kaki, ada yang tercabut kasut, ada yang muntah-muntah, ada yang menjerit-jerit takutkan pacat (termasuk NJ, wahahaha!!) dll.  Treknya pulak, mak oiii tak boleh nak cakaplah, dengan licinnya, dengan curamnya, dengan bahayanya (ada mat saleh baru mati, kitorang tau lepas sampai kat atas), tapi semua tak patah semangat & meneruskan pendakian.  NJ bangga sebab kesemua 30 orang tu dari umur yang paling muda-6 tahun, paling tua-50 tahun, ada kategori OKU, ada yang berbadan besar dan fitness level yang berlainan.  Alhamdulillah berkat kerjasama, tolong-menolong dan kata-kata semangat, kami semua berjaya sampai ke destinasi dan dapat menikmati serta menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t., Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar....







~ All the experiences that money can't buy, priceless!  The pain is temporary but the memory will last forever....

* Tetiba je rasa nak panjat Gunung Kinabalu, yeaahhh!!!

4 comments:

Kunang-Kunang said...

Melakukan jungle tracking ni memerlukan kerja berpasukan yang padukan!!

NJ@Goboklama said...

Kunang-kunang,sangat bersetuju!!! :D

MULAN said...

I like..!!!!

Mak Su said...

kita dokulu langt tapi x penah buat jungle trekking kat tempat sendiri - 'malunyer'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails