Pages

Monday, January 30, 2012

Awan Nano

Setahun yang lalu, NJ ada menulis pasal lagu Awan Nano kesukaan NJ tu & NJ pernah cakap pada hubby & Arif yang lagu ni berpotensi jadi juara kalau masuk AJL. Rasanya macam dah lama NJ tak menjerit kegembiraan bila lagu Awan Nano dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26 malam semalam.  Dulu masa lagu ni popular dan selalu dimainkan di radio, NJ selalu cakap dalam hati, "ah Hafiz, you made my day..." kekeke.... Tapi dik, suara ko memang kelas.

Sifu M.Nasir dah membuktikan sentuhannya masih berbisa dan mampu melahirkan karya-karya hebat sehingga kini.  Kalau sifu ada buat album kompilasi lagu-lagu ciptaannya yang mengangkat nama-nama seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Hattan, Spider, Misha Omar dan lagu dendangannya sendiri terutamanya masa dia masih di dalam Kembara, mesti BOOM kebaBOOM kan?

Ah, pasni nak terbang lagi tengok Awan Nano........

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails