Pages

Thursday, February 09, 2012

Kota Kinabalu


Ikut hubby ke KK, oleh kerana tiket AA dah mahal, kami ambil flight lain, yang mana pramugaranya membuatkan NJ teringat-ingatkan Peter Pan, ahaks. Serius tak boleh tengok warna ijo tu, kelakar tau... Lagipun kapalterobang ni takyah oder-oder makanan atau bayar bagasi, semuanya all-in. Eh, bayaran parkir kereta long termnya di Blok A tingkat 4 tu pun murah le, takdela mahal mana.

Gambar dari sini


Ok, kalau nak ke pulau-pulau TARP iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik & Pulau Sulug, pergi ke Jesselton Point & beli tiket di salah satu kaunter yang bersepah di sana. Pastu jangan lupa bayar Terminal Fee berjumlah RM7.20 (dewasa) & RM3.60 (kanak2) di Information Counter. Sampai pulau nanti ada kaunter untuk bayar Island Conservation Fee berjumlah RM3 (dewasa) & RM1 (kanak2). Jangan hilangkan tiket tu sebab boleh digunakan untuk ke pulau-pulau yang seterusnya. Kalau nak snorkeling, sila bayar RM10 untuk snorkel set & life jacket. Mengikut pengalaman NJ, baiklah bawa peralatan sendiri sebab kebanyakan yang disediakan pengusaha-pengusaha pelancongan ni (Pangkor, Semporna, Bali) dah uzur, yang di KK ni ada ke patut dia bagi life jacket yang boleh masuk air? Tak patut tak patut.... NJ pilih Pulau Mamutik & Pulau Manukan dengan bayaran RM25 (dewasa) & RM20 (kanak-kanak). NJ beli di kaunter 7 dengan staf bernama Ayub. Ekceli korang boleh nego kat pengusaha-pengusaha tu utk dptkan harga terbaik.

Perjalanan menaiki bot tak lama, dalam 20 minit dah sampai pulau. Di tiket dah tulis waktu-waktu bot tunggu & bergerak ke destinasi seterusnya. Kalau pukul 11 pagi dari pulau Manukan, 5 minit sebelum dah kena tunggu di jeti, kalau tak korang kena tinggal. Kalau cadang nak tinggal lebih lama atau nak balik awal, sila call pengusaha di kaunter Jesselton Point untuk arrangekan bot yang akan ambil di jeti, bukan call boatman ya!

Ok, kat tenet dah bersepah gambar-gambar cantik pulau-pulau TARP ni kan, so NJ upload gambar-gambar yang NJ suka aje di sini sebab kebanyakannya sama jerr....


Pulau Mamutik

Picture talks..
oooopsssss......


Jangan tak pakai baju tau, nanti kena geget, hihih..

Flying fish
Banyak coral yang dah mati dipijak orang, so sad...
Ini pula di Manukan
Pulau Manukan ni sangatla ramai orang, mungkin sebab hari Sabtu, bangku meja yang disediakan semua penuh, tapi jangan risau, boleh sewa tikar RM5 untuk lepak-lepak di bawah pokok. My verdict, Mamutik lebih sesuai untuk kanak-kanak sebab pasir pantai Manukan ada banyak coral mati yang tajam, kanak-kanak mesti tak suka. Lagipun kat Mamutik banyak ikan comel kat tepi-tepi pantai je, kat Manukan kena pergi dalam sedikit baru nampak ikan-ikannya. Sori, NJ tak sempat menjelajah bahagian lain yang lebih cantik di Manukan, so takleh describe akan kelebihan pulau ni berbanding pulau-pulau lain.

Go deeper and you can see this, the water near the seashore gets cloudy (sebab ramai orang)

Arif missing Mabul already sebab tak dapat ke laut dalam & tak dapat tengok corals & ikan-ikan yang cantik....

it's time to go home...

Until we meet again, insyaAllah...
The normal sunset you can see anywhere

The most stunningly beautiful breathtaking sunset you can see in KK
Masyaallah, Subhanallah, no wonder ada mat saleh cakap sunset di KK is among the best in the world. NJ bangga dan sangat bersyukur dapat menyaksikan keindahan ciptaanNya, Alhamdulillah....

2 comments:

MULAN said...

maaakkkkk aaaiiii... teruknya sampah sarap kat jeti tu... oohh, kena buat something tu... takkan nak biarkan saja....

oohhoo... cantiknya foto yg last tu..

NJ@Goboklama said...

Mulan, they can't do much bcos semua tu sampah hanyut yg dibuang org2 yg tk bertanggungjawab, most of the time, JPoint to bersih aje..

like a painted sky kan?....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails