Pages

Monday, February 13, 2012

Kundasang-Ranau

Arif & Peter Liew (KK Taxi, 019-8805842)
Cerita sedih... 2 hari sebelum ke Kundasang, NJ dah booking Myvi auto untuk sehari dengan bayaran RM150 dengan somebody. NJ pun dah booking J.Residence untuk semalam. We were so eager to go we checked-out earlier & wait at the lobby. Tunggu punya tunggu, tuan punya kereta tak sampai, dah pukul 8 pagi baru dia call cakap takde kereta auto, tinggal manual jer, HANGIN tak?? Bukannya takleh bawa manual tapi kami 1st timer kat KK, mana tau jalannya macam mana kan? Dah tentulah nak kereta yang senang dipandu. Ah, dipendekkan cerita, hubby cari teksi & jumpa Mr.Peter the nice guy di atas tu yang sanggup bawa kitorang ke Kundasang-Ranau for a daytrip dengan bayaran RM350. So, bergegaslah kami ke Kundasang semata-mata nak mengambil gambar Mt.Kinabalu sebelum ianya ditutup awan nano...

Tadaaaaaa, berjaya! Alhamdulillah.....View from Menara Tinjau Pekan Nabalu
Bila sampai Kinabalu Park, Mr.Peter suggest kami mengikuti 'Guided Nature Trail Walk' yang dibuka untuk public pada setiap hari pukul 11 pagi. Bayarannya adalah RM2 seorang. Ticket booth di depan KOKTAS cafe. Trail Silau-Silau adalah yang paling dekat & kurang mencabar hingga kanak-kanak Jepun berusia 4 tahun yang mengikuti kumpulan kami dapat melaluinya dengan mudah (walaupun terpaksa diheret oleh maknya).

the boy & kakak from Taiwan yang sudi menolong. Maknya pimpin sorang anak lagi, NJ tak dapat tolong sebab kiri kanan pegang kamera, videocam & notebook mengalahkan journalist, hihih...
The cute & active boy
Walaupun perjalanannya 1 jam & singkat, ianya sangat berbaloi sebab dapat mengenali pelbagai jenis pokok yang tak pernah dilihat, dapat menghirup udara yang menyegarkan & mendengar kicauan unggas yang menghiburkan. Kumpulan kami kecil, hanya ada 8 orang, kumpulan lain mengikuti tour guide mereka sendiri ke trail yang berlainan. NJ bajet sejuk lah kononnya sampai lilit sweater di pinggang, habih tour, berpeluh-peluh gak kepanasan, ngehngehngeh....

Cik Suhaila our guide & pokok Poring

 Jom tengok gambar-gambar yang Arif sempat ambil:






The smallest orchid in Borneo


On the way to Poring Hot Spring di Ranau, kami ternampak ni di tepi jalan. Taknak lepaskan peluang kami pun masuk dengan bayaran RM20 seorang. Guidenya (anak tuan tanah yang jaga ini bunga) tak cakap apa-apa pun pasal Rafflesia ni tapi NJ rasa ini spesis Rafflesia Keiithi yang mengambil masa selama 6-9 bulan untuk berkembang dan akan reput dalam masa 2-3 hari selepas tu. Bagusnya tak payah masuk jauh-jauh ke dalam hutan untuk tengok bunga istimewa yang jarang dijumpai ni.

approximately 20cm inches in diameter

Perjalanan diteruskan ke Poring Hot Spring, oh ya, tiket Kinabalu Park Conservation Fee berharga RM3 yang dibayar ketika masuk ke Kinabalu Park tu boleh digunakan untuk mandi-manda di Poring Hot Spring. Ada banyak tarikan di sini tapi oleh kerana kesuntukan masa, kami pilih Canopy Walk saja, bayarannya RM3 seorang. Perjalanan mendaki menuju ke Pondok Manggas (tempat permulaan Canopy Walk) agak melelahkan tapi dek kerana teruja nak cuba, NJ gagahi juga apatah lagi melihat ramai juga yang bersusah-payah naik tak kira kecik, besar, tua, muda....

woohooooo, teruja tak?
Laluan sepanjang 157.8 meter dan tinggi 41 meter ini dibahagikan kepada 5 jambatan gantung yang setiap satunya dihubungkan oleh stesyen-stesyen yang dibina di antara pokok Menggaris, Raja segala pokok. Rasakan henjutan atas bawah & ayunan kiri kanan mengikut rentak kaki kita di sepanjang laluan dan kalau lebih berani, cubalah lihat-lihat ke bawah. Tak, NJ tak berani, kaki dah goyang, terpaksa teruskan sebab takleh patah balik, malu le kat budak-budak kecik yang di depan NJ, ahakss... Ah, memang pengalaman yang sangat mengujakan. Kami bertolak dari Poring Hot Spring pukul 4 petang dan sampai KK pukul 6.30 petang. Penat? Tidak sama sekali. Sore leg? Yes, definitely. Worth it? Worth every step I take..... Sesungguhnya NJ rasa bangga sebab tengok ramai pelancong yang datang melawat negara kita dan sangat menghargai tarikan semulajadi yang terdapat di Malaysia ni, kalaulah kesemua kita berfikiran sama.....

Akan kutawan puncakmu suatu hari nanti, insyaAllah.... Until then, jumpa lagi.....
UPDATES: Alhamdulillah puncakmu sudah kutawan pada 1 Julai 2013.

5 comments:

gina marna said...

bestnyer...ralat gi Sabah aritu x gi Kundasang...huhu

NJ@Goboklama said...

GM, takper, mesti ada kali ke-2 ;D

MULAN said...

oohhooo... nak jgk tawan itu gunung.. bestnya trip ni..

NJ@Goboklama said...

jom Mulan, we set a date end of this year tawan gunung kinabalu nak tak? ;D

Anonymous said...

syiok nyer..mcm jeles je..sy tgl sni pon blom teroka lg..sibuk dgn ank2, tgu ank2 besar la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails