Pages

Wednesday, February 15, 2012

Lagi-lagi KK...

Makan-makan di KK? Ada banyak pilihan dan seperti yang NJ katakan sebelum ni, NJ lebih teruja nak makan daripada ambil gambar-gambar makanan, so tak banyaklah koleksi yang boleh ditayangkan di sini. Shopping mutiara di KK? Memang tak dinafikan sangat murah & rambang mata rombongan Cik Kiah dibuatnya kalau ke sini. Mujur ler NJ bukan peminat aksesori...

Kawasan lapang parkir kereta di belakang Pasar Kraftangan/Filipina pada siang hari

Kawasan yang sama bertukar menjadi pasar malam selepas pukul 5 petang & merupakan tempat makan ikan bakar yang sangatlah fofular di kalangan pelancong dari Semenanjung





Pilih jangan tak pilih
Pengalaman makan di sini agak kurang selesa, tempatnya sempit dipenuhi orang, asap bakar makanan laut & sayap ayam yang femes tu agak menyesakkan hidung. Memang tak dinafikan harganya sangat murah & kita boleh pilih ikan/makanan laut segar sebelum dibakar (untuk memadamkan khabar angin yang mengatakan makanan laut yang dibakar di sini tak fresh & sudah di'recycle') tapi NJ prefer tempat makan di Segama Waterfront berdekatan replika ikan Marlin biru tu. Di situ lebih selesa dan pilihan masakannya lebih banyak.  Di Jesselton Point pada malam hari pun agak menarik & pilihan makanannya ada lebih variasi, walaupun mahal tapi portionnya lebih besar. Boleh makan sambil minum kopi tepi jeti ambik angin, sangat nyaman...

Ayam pop di restoran nasi padang di Jesselton Point

ABC makaroni?
ABC pisang?
Qistina Lee yang suka makan, comel!
chatting sebelum makan
Happy lepas makan
"Mama, you can't jump like this anymore, you're 38 already"

"Ok sir, I agree..."

Nak balik dah, insyaAllah kami sampai lagi, amiinnnn....

2 comments:

MULAN said...

aiyaaa.... cannot tahan tengok semua makanan itu..!! noti u..

NJ@Goboklama said...

Mulan, mana ada gambor mknn sedap kat atas tu? aiyo, siyes u kena sawan mkn nih,,, ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails