Pages

Monday, July 16, 2012

How to beat Monday Blues?

NJ tak faham kenapa ramai yang tak suka hari Isnin. NJ jarang nak kena simptom Monday Blues ni & kesian tengok kawan-kawan yang tak bersemangat kat tempat kerja bila masuk hari Isnin. Apa kata ikut cara NJ?
  1. Hari Sabtu & Ahad pun kena bangun pagi-pagi, no room for sleep in. Lepas solat Subuh teruslah buat apa-apa yang patut. Nak tidur boleh, tapi cari waktu petang sebelum Asar untuk sejam dah cukup memadai. Ada banyak cara untuk berehat yang menyegarkan selain daripada TIDUR!
  2. Set jam loceng 2 kali berselang 15 minit, hihih..
  3. Sediakan sebotol air di sebelah katil, bangun-bangun terus bismillah, selawat, minum & senyum lebar-lebar.
  4. Pada yang liat nak bangun, sediakan botol spray kat sebelah katil, bangun-bangun terus spray muka, ahhhhh...menyegarkan... muahahahahah!!! Seriously effective!
  5. Kalau ada program besar, cuba lakukan pada hari Sabtu, hari Ahad dikhaskan untuk rehat yang cukup di rumah, terutamanya lepas pukul 6 petang.
  6. Hari Ahad kalau nak makan besar, silalah makan siang hari je, jangan makan yang berat-berat waktu malam, especially lepas pukul 8. Makan banyak boleh menyebabkan kelesuan.
  7. Ahad malam sebelum tidur dah set dalam kepala, esok nak kerja, sediakan baju yang nak dipakai, tengok balik beg kerja, cek emel, senaraikan apa yang perlu dibuat dan cuba lupakan apa yang berlaku dalam masa dua hari lepas. Tidur pun kena awal sikit, paling lewat pukul 11 malam.
  8. Bangun pagi-pagi dalam pukul 5 (ikut kesesuaian korang lah), jangan termenung atas katil atau dalam toilet, terus mandi dan bersiap, solat Subuh & terus ke tempat kerja.
Masuk pula Ramadhan minggu depan, lagi le liat nak bangun kan memasing? Kalau macam tu, set jam loceng 3 kali berselang 5 minit, gerenti bangun, hahah!!
Berapa Berat?
Masih menten kat 57kg, huhu....rasanya macam dah lama kat sini, kalau naik - 58, kalau turun - 56. NJ agak ada sampah toksik kat dalam perut yang tak kuar-kuar & sebab tu berat badan tak turun-turun kot? Susahnya, susahnya.... Alhamdulillah Ramadhan dah tiba, bolela turun sekilo-dua. Pastu lepas raya naik pulak sekilo-tiga, muahahahahahhah!!!

Apa-apapun, NJ ucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak ya kawan-kawan beragama Islam, semoga amalan kita di bulan ini mendapat keberkatan dan keredhaanNya, amiinn....


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
( Al-Baqarah : 183 )

4 comments:

aNIe said...

Salam NJ...selamat menyambut Ramadhan semoga kita sama2 dpt menjalani ibadah ini dengan amalan2 yang diredhai...ameen...wwwwwwwwwwwwwwwwwwww

aNIe said...

Alamak dah terkeluar w akak tu...hehehe

m.u.l.a.n said...

ramadhan mubarak..

kami weekend pon bangun pagi sbb budak2 kelaparan macam biasa.. depa tak reti nak tido balik lepas subuh..

NJ@Goboklama said...

kak Anie, awwwwwwwwww..... hihihih ;D

Mulan, bagusle train anak2 dari awal soh bangun pagi, NJ takleh tengok org tebongkang atas katil pas subuh, sakit ati tengok.. eheh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails